Home > Fotografi > Teknik Pose Pengantin Tuk Jurugambar

Teknik Pose Pengantin Tuk Jurugambar

Artikel ini telah diambil drpd fb Chikgu Photo.Tepek dcni sekdar berkongsi apa yg dicatatkan.

Penulisan ini hanyalah skadar berkongsi dengan kawan2 yg baru seperti saya dalam dunia Wedding photography (WP).
Seperti mana tajuk di atas, pose merupakan part yg penting juga dalam WP, pose yg kaku akan sedikit menggugat mood dalam gambar tersebut walopom background yang cantik. Saya masih belajar lg dlm part pose ini. Saya byk belajar dr org2 lama yg dah berpuluh tahun dlm dunia WP, buanglah sifat ego dan malu kita untuk mendapatkan ilmu dr mereka kerana bg saya org2 lama adalah gedung ilmu yg sgt berguna.
Saya bukan mahu menulis tentang teknik pose kerana saya jg masih lemah dalam teknik pose pengantin ini, cuma saya ingin berkongsi bagaimana utk meningkatkan pengetahuan kita dalam teknik ini.

Pertama masa saya mula2 menceburi bidang ini,saya masuk kelas photography perkahwinan anjuran Adhadi, dlm kelas sebegini byk yg kita boleh pelajari pose,mcm mn nak pose pengantin dgn cara yg betul.kita boleh berkomunikasi terus dgn fasi yg telah mahir dlm bidang ini. Jgn sayang duit jika mahu pandai, kdg2 tak semua benda kita akan dapat percuma. Sekiranya anda memilih WP, anda seharusnya brsedia berkorban dr segi wang,masa dan tenaga untuk berjaya.

Kedua, saya terus mempraktikkan cara dan teknik yg diajar oleh sifu2 dalam bidang WP. untuk memperkembangkan lg pengetahuan, saya byk baca dan lihat contoh2 pic dalam blog2 dan web jurugambar dan jg majalah2 samada dlm negara dan luar negara.Dgn cara sebegini kita boleh membandingkan gambar kita dgn gambar mereka, seterusnya di sini kita akan nampak perbezaan dan senang bg kita utk membuat penambahbaikkan dlm job yg akan datang.tp jgnlah tiru bulat2 kerana kita akan dicop sebagai penciplak,mcm saya kena dulu hehehe. Biasa la org baru tidak lepas dr buat silap, kesilapan ini kdg2 akn mematangkan kita.

Seterusnya, untuk memudahkan kerja saya, saya print gambar2 pose dlm job yg dah lepas yg saya rasa itu adalah pose yg baik utk dimasukkan dlm file khas yg dibeli kat kedai buku(ala yg file kita letak sijil2 tu). dalam file tersebut saya jg masukkan pose2 yg saya potong dan gunting dr majalah2. mcm2 pose kita boleh simpan sebagai rujukan. Kenapa saya buat file ni?? ye, saya buat file ni sbb senang nk tunjuk pd pengantin bilamana kita posekan mereka, just tengok sample dan pose. buat penambahbaikkan pd gaya utk tambah mood mereka.yg ni sesuai bila kita shoot outdoor. Indoor dan pelamin tidak relevan la skit sebab suasana lain dan kesibukan membataskan kita dgn file ini.Buku file ni sesuai bg saya yg selalu lupa gaya pose dan pengantin2 yg pemalu dan segan2 utk pose. hehehe. Buku file ini jg boleh ditukarkan kepada H/phone,hp korang yg mahal2 tu save la byk2 gaya2 pose,then tunjukkan pd pengantin. mcm sy ni pakai 3310 je,mana nak save. Buku file ni la sedikit sebyk membantu.pernah satu ketika otak dah blank/kosong tak tau nk pose mcm mn lg, asik2 pose yg sama je,cuma background je berbeza, haaa itu masalah tu.. so pandai2 la creativekan minda.hehehe.walopom ada yg kata sy tidak professional krn guna buku file ini,sy tidak kisah sbb sy mmg beginner.yg penting gambar kita bervariasi dlm gaya/pose.Percayalah, bila dah lama2 guna buku file ni, saya sedikit sebyk hafal gaya2 ini, mgkin lepas ini tak perlu guna buku ni kot,hehehe.

Akhir sekali untuk menambahkan lagi pengetahuan, saya skg byk lihat dan tonton video2 clip lagu2 hindi. Di dalamnya sgt byk pose yg sgt romatik dalam clip2 tersebut, just play and pause utk pelajarinya. Sgt bagus untuk org mcm saya yg masih terkial2 dalam memantapkan ilmu pose pengantin ni.tak percaya beli la vcd2 lagu2 hindi.hehehe… mesti ramai yg gelakkan saya, biasalah org baru menulis,tp bukan utk mengajar,saya hanya berkongsi. Terima kasih kerana membaca penulisan,yg kdg2 saya rasa penulisan saya ini mcm surat kiriman tidak rasmi. hehehe Terima kasih semua…

Categories: Fotografi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: