Home > EPL > Manchester United Juara EPL musim 08/09

Manchester United Juara EPL musim 08/09

MANCHESTER, England – Manchester United menjulang kejuaraan Liga Perdana England buat kali ketiga berturut-turut selepas mencatat keputusan seri 0-0 yang diperlukan dengan Arsenal di Old Trafford, semalam.

United memerlukan hanya satu mata untuk menjulang kejuaraan dan keputusan seri sudah memadai dan menutup peluang pasukan tangga kedua Liverpool, yang ketinggalan tujuh mata ketika masih tinggal dua perlawanan.

Man utd juara

Ini bermakna United telah menjulang 11 kejuaraan liga dalam tempoh 17 musim di bawah pengurus Alex Ferguson dan kini menyamai rekod Liverpool muncul juara liga sebanyak 18 kali.

Ferguson telah memenangi 25 trofi kejohanan utama sejak tiba di kelab itu pada 1986 dan berharap dapat menambah kepada 26 trofi apabila United berdepan Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rome pada 27 Mei ini.

Man utd juara4

Begitupun, agak mengejutkan kerana pada perlawanan, semalam skuad Ferguson beraksi di bawah keupayaan terbaik mereka tanpa banyak mengancam kubu Arsenal.
(sumber Mingguan Malaysia)

Game memang cam ade sedikit buhsan…yg Arsenal dok tergentel2 bola aje…passing sana passing sini….Adebayor X men…Arshavin cam tenggelam…

Categories: EPL
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: