Home > Bolasepak Antarabangsa > itali 0 mesir 1

itali 0 mesir 1

Mesir piala konfederasi

Sumber : Kosmo on9

JOHANNESBURG – Mesir kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke separuh akhir Piala Konfe- derasi 2009 selepas menewaskan juara dunia, Itali 1-0 kelmarin.

Ia merupakan kejutan kedua yang dipamerkan juara Afrika itu selepas mereka turut mempamerkan kebangkitan sebelum tewas 3-4 kepada Brazil pada aksi pembukaan awal minggu ini.

Pada aksi Kumpulan B di Stadium Ellis Park kelmarin, Mohamed Homos muncul wira Mesir selepas dia menjaringkan gol tunggal pada minit ke-40 menerusi tandukan cantik hasil daripada satu sepakan sudut.

“Ini adalah keputusan yang luar biasa,” jelas jurulatih Mesir, Hassan Shehata.

“Kami sebenarnya bermain lebih baik ketika berdepan Brazil, namun hasilnya tidak memihak kepada kami.

“Begitupun, kami tidak berputus asa dan kali ini, kami telah buktikan dengan menewaskan Itali yang juga juara dunia.”

Dengan kemenangan itu, Mesir kini berkongsi kedudukan kedua bersama Itali dengan tiga mata ketika Brazil terus unggul selaku pendahulu dengan enam mata.

Namun, peluang Mesir untuk mara ke separuh akhir dilihat lebih cerah apabila mereka akan berdepan pasukan tercorot, Amerika Syarikat pada perlawanan terakhir Isnin ini, manakala Itali berdepan juara bertahan, Brazil. – Reuters
—————————————————————-
**Part paling aku suka part sujud syukur tuh.Semoga Mesir berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.Namun begitu terdapat beberapa kelemahan perlu diorg atasi segera jika ingin mara ke peringkat seterusnya.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: