Home > Fotografi > Nilai sebuah fotografi perkahwinan

Nilai sebuah fotografi perkahwinan

Petikan dr http://www.flickr.com/groups/fotografikr/discuss/72157614287788051/

Pada masa dahulu, semasa saya berada di sekolah rendah, saya tidak begitu percaya kepada caj-caj yang mahal untuk fotografi perkahwinan. Pada masa dahulu, sebilangan besar jurufoto perkahwinan adalah mereka yang terdiri daripada mereka yang berminat dengan fotografi, dan menjalankan perniagaan pada hujung minggu iaitu di majlis-majlis perkahwinan. Saya menganggap bahawa kerja jurufoto perkahwinan tidaklah terlalu sukar kerana hanya merakamkan foto-foto pengantin. Tapi dulupun caj yang dikenakan cuma RM200-300 sahaja..Namun, apabila dewasa, dan saya sendiri yang melakukan kerja-kerja fotografi perkahwinan, saya bertanya, mengapa ada juga jurufoto yang mengenakan caj yang terlalu murah, sehingga mengancam harga dan taraf fotografi perkahwinan tersebut.

Saya mungkin tidak kisah mengapa ada jurufoto yang berhabis ribuan ringgit hanya untuk membeli kamera dan lensa DSLR, mungkin mereka tertarik dengan hobi yang mahal ini. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semakin ramai orang yang berminat untuk menjelah hobi fotografi, tetapi apabila mereka masuk ke arena perniagaan fotografi lebih-lebih lagi bidang fotografi perkahwinan yang menyaksikan begitu ramai jurufoto yang ingin menjalankannya, taraf dan kualiti fotografi perkahwinan semakin rendah kembali. Saya amat bersetuju dengan kata-kata orang lama bahawa mereka telah menaikkan taraf fotografi perkahwinan, tetapi ada pula jurufoto sambilan atau hujung minggu yang merendahkannya kembali kerana inginkan pendapatan segera!

Perlu diingat, fotografi perkahwinan bukanlah tugas yang mudah. Persaingan yang begitu sengit pada hari ini telah memaksa mereka yang terlibat untuk menghasilkan foto-foto yang cantik, seni dan menarik perhatian. Maka foto-foto jurnalis, momen, posing dan sebagainya, telah dimasukkan di dalam setiap album perkahwinan. Untuk menghasilkan hasil fotografi yang terbaik, maka jurufoto perlu memiliki beberapa buah lensa di mana ia memerlukan sejumlah wang yang banyak. Caj yang dikenakan untuk fotografi perkahwinan bukanlah berdasarkan kepada roll semata-mata seperti suatu waktu dahulu, tetapi kepada penggunaan lensa yang berkualiti tinggi, kebijaksaaan mengambil ruang, penghasilan foto-foto yang cantik berdasarkan pengalaman, dan sebagainya. Jadi, apakah nilai sesebuah fotografi perkahwinan?

Sememangnya, jika diamati secara betul, fotografi perkahwinan yang biasa, tidak boleh dibawah RM1000 walaupun hasil-hasil foto disimpan di dalam album lekat. Harga yang dibayar ialah lebih kepada perahan otak untuk menghasilkan foto-foto yang cantik dan memenuhi keperluan momen, seni dan perlakuan komposisi foto. Sudut-sudut penggambaran juga perlu dititikberatkan dalam menghasilkan sesuatu foto. Ditambah pula dengan kemahuan seseorang jurufoto meredah jalanraya untuk sampai ke rumah pengantin. Ramai dikalangan pengantin yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa album adalah lebih penting. Jadi harga yang ditawarkan adalah sepatutnya rendah. Maka mereka mengambil pakej yang menawarkan album custom tanpa menghiraukan isi kandungan album tersebut. Perlu diingat bahawa album hanya tempat menyimpan foto, apa yang lebih penting ialah seni sesuatu foto yang dihasilkan. Seni fotografi itu yang seharusnya dibayar oleh para pengantin yang menggunakan perkhidmatan fotografi dan bukanlah album.

Harga yang ditawarkan tentulah mengikuti apa yang dapat diberikan oleh seseorang jurufoto. Tidak semestinya sesuatu yang mahal dibayar untuk hasil yang murah. Untuk itu, portfolio seseorang jurufoto adalah penilaian awal yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin. Daripada foto-foto yang terkandung di dalam portfolio tersebut, bakal pengantin boleh menilai samada mahu menggunakan perkhidmatan jurufoto tersebut ataupun tidak. Jika seseorang jurufoto tersebut menawarkan harga sehingga RM2000 tetapi foto-foto di dalam portfolionya adalah bercelaru, tentunya bakal pengantin akan mencari portfolio jurufoto lain. Pencarian tersebut adalah untuk mengenalpasti jurufoto yang boleh menghasilkan foto yang baik dengan harga yang sepadan.

Diharapkan agar jurufoto hujung minggu dan para bakal pengantin dapat melihat perkara ini dari sudut yang lebih positif. Fotografi perkahwinan bukanlah sesuatu yang murah. Jika ada penawaran terhadap fotografi yang terlalu murah, itu adalah satu bentuk penganiayaan terhadap industri fotografi perkahwinan, dan berkemungkinan bahawa nilai estetika fotografi murah itu adalah terlalu rendah dan tidak boleh diketegorikan sebagai fotografi perkahwinan tetapi lebih kepada fotografi kandid. Janganlah hanya mahu mendapatkan atau menawarkan sesuatu yang murah, tetapi pada akhirnya, berlaku penyesalan yang tidak mampu diulang atau diubati..Penyesalan pada hari tua adalah sia-sia kerana hari perkahwinan amatlah sukar untuk diulangi kembali.

Categories: Fotografi
  1. June 24, 2009 at 3:24 am

    owh, minat fotografi ye…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: