Home > Fotografi > aperture memberikan beberapa kesan pada imej:

aperture memberikan beberapa kesan pada imej:

http://bincang.net/forum/showthread.php?99825-Tentang-Lens-DSLR-101/page5

Tajuk topik Tentang Lens DSLR 101

1. jumlah cahaya yg masuk. bila aperture tu bukak luas, lagi berlambak la cahaya masuk. jadi untuk mendapatkan perfect exposure kita boleh gunakan shutter tinggi (kurangkan gegaran) dan ISO rendah (kurang noise).

2. mengawal depth of field (DoF) yakni julat fokus. bila aperture besar, DoF jadi sempit menyebabkan benda2 kat background tu tak mengganggu tumpuan terhadap subjek utama. cam gambar f2.0 kat page sebelah tu kan muka awek tu je yg dalam fokus, benda2 lain dlm frame tu dapat dikaburkan. selain apertue, DoF juga dikawal oleh jarak fokus dan magnification ratio.

3. kecacatan optik. sesetengah lens menampakkan kecacatan yg ketara pada aperture yg paling luas. contohnya ialah vignette (tepi frame jadi gelap), chromatic aberration (ada kaler magenta pada sempadan tone gelap dan cerah) dan soft image (tak sharp). untuk lens camni, ubatnya ialah kita kena gunakan aperture yg lebih kecil drp nilai maksimum. contohnya lens tamron 17-50mm f2.8 selalu nampak vignette pada f2.8 tapi bila guna f4 dah ok. pada aperture yg terlalu kecik pun imej jadi soft gak disebabkan kesan diffraction. ini lebih ketara pada kamera sensor kecil.

setiap lens mempunyai julat aperture yg memberikan imej paling tajam, ini dikenali sebagai “sweet aperture”. kebiasaannya julat ini adalah pada 2-4 stop daripada aperture paling luas. contohnya kalau lens tu f2.8, sweet aperture dia dalam f5.6-f11. ni contoh aje sebab sweet aperture ni bergantung pada design lens tetapi kita boleh lihat persamaan antara lens drp pengeluar yang sama. kalau nak beli lens, rujuk la apa sweet aperture lens jenis tu dulu.

soalan lazim- apesal nombor aperture ni pelik2 ie f2.0 la, f5.6 la?
nombor2 ni adalah nisbah luas bukaan lens kepada jarak. aperture dikira dalam unit “stop”. turutan nilai aperture adalah mengikut tambahan surd-2.

1.0 1.4 2.0 2.8 4.0 5.6 8 11 16 22 32 44 64

antara setiap nombor f di atas, bezanya ialah 2 kali ganda jumlah cahaya. contohnya f2.8 kasi 2x cahaya berbanding f4.0.

so kalau ko pakai kit lens f5.6 dan aku guna 50mm f2.0, aku boleh dapat 8x ganda cahaya. banyak kan?

Serra tambah
:
untuk kebanyakan lens zoom, aperture maksima berbeza di focal length yg berbeza. contohnya zoom 12-60mm f2.8-4. lens ni pada 12mm dia boleh bukak f2.8 tapi kat 60mm abis besar pun f4 je. zoom yg constant aperture seperti 70-200mm f2.8 ni bapokk la mahal.

secara umumnya kalau aperture luas ni bila ambik gambar tu cun sikit terutamanya bila malam. kalau nak harapkan flash aje, habis la background jadi hitam. 12x memang menarik tapi memang gerenti optical quality ada sikti kureng. even lens 10x dslr yg lagi besar tu pun boleh nampak flaw dalam gambar. but then it’s back to how picky you are. untuk suka2 aje, memang best dapat zoom 12x. kalau cerewet nak gambar tu cun, cari yg aperture besar atau dslr.

sebab nilai aperture bergantung pada luas bukaan yg mana formula dia phi * (radius)^2, bila luas aperture digandakan 2x , setiap nilai stop tu dibahagikan dengan “square root of 2” yaitu 1.414.

bermula dengan f/1 yg mana diameter bukaan lens sama nilai dengan jarak fokus. jika jarak fokus kekal, setiap kali luas bukaan tu berganda 2x, nilai f-stop tu ditingkatkan pada kadar 1.414. sebab nak kasi senang tulis, kita kata la 1.4 je.

1 x 1.414 =1.414 (f/1.4)
1.414 x 1.414 = 1.999 (f/2)
1.999 x 1.414 = 2.827 (f/2.8)
2.827 x 1.414 = 3.998 (f/4) …dan seterusnya.

itu la asal usul nombor2 pelik ni.

Categories: Fotografi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: