Home > Uncategorized > Speed/Time value

Speed/Time value

S atau Tv ni ialah kelajuaan shutter bila release. biasanya nilai pada dslr boleh set pada kala 1/3 stop. kalau aperture tu nilai stop dia double ikut 1, 1.4, 2.0, 2.8 etc, shutter speed ni ganda 2 kali aje la. very straight forward. contohnya 1/50s boleh dapat 2x ganda cahaya berbanding 1/100s. antara kedua ni bezanya ialah 1 stop. kadang2 tu tak de la dia tulis nilai yg tepat, cuma lebih-kurang je terutamanya bila bacaan pada senggat 1/3 stop.

kesan ketara shutter speed ni ialah untuk membekukan gerakan. kalau shutter tu perlahan, gambar tu nampak macam goyang la. mungkin sebab subjek bergerak atau tangan kita bergegar. kalau tangan (kamera) gegar, kita boleh compensate sikit dengan stabilizer (IS, VR, AS, SS). kalau subjek bergerak, ubatnya hanya dengan naikkan shutter speed.

ini tidak bermaksud kita mesti guna shutter laju sepanjang masa. ada kala kita sengaja pakai shutter slow.

ni contoh kamera tak gegar tapi subjek bergerak. gambar ni memang saje nak kasi nampak effect motion tu. 1/5s.

Gambar1

bila ambik gambar motorsport pun kita guna shutter slow sambil kamera ikut greakan kereta. teknik ni dipanggil panning. kesannya ialah nampak effect kereta tu bergerak sebab background jadi lembut dan sport rim nampak pusing. kalau guna shutter laju, kang nampak cam kereta tu tengah parking kat tengah jalan. 1/160s panning.
Gambar2

ambik gambar air terjun dan sungai pun best guna shutter slow sebab nampak flow dia lembut. 1/2s.
Gambar3

ni contoh gambar yg memerlukan shutter laju agar dapat freeze gerakan air dan subjek utama (mamat naik kayak). 1/1250s.
Gambar4

biasanya kalau tak nak nampak gegar sebab tangan/kamera menggigil, shutter speed yg digunakan hendaklah sekurang2nya sama nilai dengan equivalent focal length. kalau focal length tu panjang, gegaran akan meningkat akibat kesan pembesaran imej.

contoh kalau guna lens 100mm pada kamera DX,

EFL= 100 x 1.5 =150
shutter speed = at least 1/150s.

kalau 100mm pada kamera 4/3,

EFL= 100 x 2 = 200
shutter speed = at least 1/200s.

ni anggaran aje la. kalau tangan tu stabil, pakai yg lagi slow pun x pe. image stabilization pun membantu untuk membolehkan gambar diambil pada speed yg lebih rendah. ada limit gak rule ni, jangan la pergi ambik gambar ultrawide 12mm guna speed 1/18s tanpa tripod plak.

pilihan shutter speed yg tepat membolehkan kita dapat cahaya yg mencukupi dan effect (motion atau freeze) yg dikehendaki.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: