Home > Bolasepak Antarabangsa > Permulaan baik utk Benitez di Inter

Permulaan baik utk Benitez di Inter

Petikan Kosmo On9 hari ini.

MILAN – Samuel Eto’o meledakkan dua gol untuk membantu Inter Milan menjulang trofi keempat tahun ini selepas menang 3-1 ke atas AS Roma pada aksi Piala Super Itali di San Siro kelmarin.

Penyerang antarabangsa Cameroon itu melakukan jaringan pada minit ke-71 dan 80 selepas Goran Pandev memadamkan gol pembukaan Roma menerusi John Arne Riise pada babak pertama.

Keputusan itu melengkapkan kemenangan bergaya Inter yang sebelum ini telah memenangi trofi Serie A, Piala Itali dan Liga Juara- Juara di bawah bimbingan bekas jurulatih, Jose Mourinho.

Pertemuan untuk aksi Piala Super biasanya antara juara Serie A dan Piala Itali tetapi Inter memenangi kedua-dua gelaran itu, jadi Roma mengambil tempat selepas mereka menduduki tangga kedua liga domestik musim lalu.

“Saya sangat gembira. Kami mempamerkan watak sebenar selepas gawang kami dibolosi,” kata pengurus baru Inter, Rafael Beni- tez.

“Jelas sekali, hari ini (kelmarin) adalah perlawanan rasmi pertama kami dan ia bukan mudah untuk kami kerana beberapa pemain kembali agak lewat ke kelab (selepas Piala Dunia 2010).

“Perkara yang paling penting malam ini (kelmarin) adalah reaksi pasukan.”

Pengurus Roma, Claudio Ranieri berang selepas skuad bimbingannya memberi ruang kepada Inter untuk bangkit meskipun mereka mendahului dengan 1-0.

“Apabila kami mendahului 1-0, kami memberi ruang kepada mereka untuk menyamakan kedudukan dan kekalahan 1-3 bukan satu keputusan yang baik,” katanya.

“Kami telah bekerja keras tetapi bukan mudah untuk menerima sistem dan pemain baru.”

Pada perlawanan kelmarin, Benitez menurunkan pemain yang sama digunakan oleh Mourinho ketika menewaskan Bayern Munich 2-0 pada perlawanan akhir Liga Juara- Juara, Mei lalu

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: