Archive

Archive for November, 2010

Cerita Fantasy Premierleague.

November 15, 2010 Leave a comment

Cis EaydaLittleStar sekrng d blakang aku beza 3 point jer.Terel gak minah ni.Ahah…aku beza 1 mata ngan si Izral.Izral kini no 4 d hadapan aku.Kamon Yamin…U can do it.

Categories: EPL, Hiburan

Tutorial dalam bahasa Melayu-Sifu dalam grafik

November 6, 2010 Leave a comment

Petikan dr Kosmo on9

ALIRAN seni grafik dan multimedia dilihat sebagai satu trend dalam perkembangan dunia teknologi yang semakin berkembang.
Pelbagai perisian grafik dan multimedia yang terdapat di pasaran memudahkan orang ramai untuk menceburi dan menguasai cabang seni itu. Bagaimanapun, ketandusan bahan rujukan dalam bahasa Melayu mengenai perisian grafik dan multimedia dalam pasaran sedikit sebanyak telah membataskan penggemar seni tersebut dalam menzahirkan kreativiti mereka.

Kekurangan tersebut telah membuka hati seorang anak jati Selangor, Imran Abdul Jabar, 34, untuk membangunkan laman web Sifoo.com yang dapat membantu penggemar seni grafik dan multimedia.

“Idea untuk membangunkan Sifoo.com tercetus kira-kira sedekad lalu berdasarkan minat yang mendalam terhadap seni dan teknologi grafik.

“Selain daripada itu, saya mewujudkan laman web Sifoo.com kerana mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai seni grafik serta multimedia bersama orang ramai,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Tutorial bahasa Melayu

Graduan bidang kejuruteraan mekanikal Universiti Virginia Tech, Amerika Syarikat (AS) itu berkata, sukar untuk mencari bahan bacaan atau rujukan mengenai perisian grafik mahupun multimedia dalam bahasa Melayu.

Imran menambah, perkara tersebut telah menyukarkan penggemar seni tersebut terutamanya mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris untuk memahami atau mendalami perisian di pasaran.

“Keadaan ini membuatkan hati saya terdetik untuk menyediakan tutorial dalam bahasa Melayu bagi memudahkan penggemar seni ini.

“Tutorial dalam bahasa Melayu tentu dapat membantu penggemar seni grafik dan multimedia menguasai perisian yang diminati mereka dengan lebih mudah serta berkesan,” ujarnya.

Pada peringkat awal, Sifoo.com hanya menyediakan artikel, sorotan terkini dunia grafik dan jaringan kepada laman web dapat digunakan oleh penggemar seni tersebut. Bagaimanapun, atas permintaan ramai, laman web berkenaan mula memperkenalkan ruangan forum bagi memudahkan interaksi dan perkongsian ilmu.

Imran menambah, antara tutorial yang dapat digunakan dalam laman web Sifoo.com adalah mengenai penggunaan perisian Adobe Photoshop, Lightroom, Macromedia Flash dan Dreamweaver.

Katanya, pelbagai tutorial disediakan kepada pengguna laman web itu termasuk suntingan foto seperti efek hujan, tona warna, refleksi air, efek mozek dan serlahkan kedutan pada muka.

Categories: Fotografi