Archive

Archive for June, 2012

#APAKAH HAK BAKAL PENGANTIN – 5

June 23, 2012 Leave a comment

Penggambaran TANPA PERANCANGAN

Berikut adalah antara ciri2 jurufoto yang tiada atau amat kurang pengalaman.

1. Pergerakkannya agak janggal seperti tidak tahu apakah yang
perlu dirakam.

2. Bertindak secara kelam-kabut, antaranya semasa rombongan
pengantin tiba dan di depan pelamin.

3. Lebih banyak duduk dari merakam gambar.

4. Sentiasa melihat preview belakang kamera setiap kali rakaman
dibuat.

5. Tidak peka dengan tetamu tiba, samaada saudara-mara,
kawan-kawan maupun VIP, yang perlu dirakam gambarnya.

6. Tidak mengambil tahu siapakah adik beradik serta kaum
keluarga pengantin.

7. Memakai pakaian yang tidak sesuai untuk bertugas di majlis
perkahwinan.

8. Perhubungan awam yang teruk, antaranya mengarah
menggunakan tangan tanpa bercakap dan muka yang tidak
“friendly”.

9. Menunggu arahan dari pengantin apa yang perlu dibuat.

Ianya amatlah berbeza jika melihat JURUFOTO yang MAHIR dan BERPENGALAMAN bertugas.

Mereka mempunyai konsep dan cara pengambaran yang teratur.
Kemampuanya mengendalikan suasana pengambaran agak menyerlah. Bersikap ramah serta tahu apa yang harus dirakamkan tanpa menunggu arahan.

Jadi kita boleh memilih JURUFOTO tidak dengan melihat gambar2 yang dihasilkan sahaja malah lihat jugak etika dan cara JURUFOTO bekerja. Dengan cara kerja yang teratur dan tersusun serta sentiasa bersedia di ketika saat-saat penting perlu dirakamkan, kita boleh mengagak gambar yang terhasil.

***dipetik dr sumber FPM

Categories: Fotografi

#PROFESION JURUFOTO – 3

June 23, 2012 Leave a comment

Kemahiran + Hobi = BISNES
Dalam fotografi jangan fikir hanya menjadi Jurufoto. Sebagai Jurufoto jangan fikir cuma menjadi jurufoto perkahwinan. Dunia fotografi adalah luas, sehinggakan ada yang tidak sampai oleh akal kita.

Ramai yang meminati fotografi kerana pelbagai sebab, antaranya,
1. Hobi.
2. Seni
3. Kepuasan
4. Dokumentasi
5. Bisnes

Walau apa pun yang anda pilih semestinya berkait rapat dengan kekuatan yang ada dalam diri anda. Dengan ini ianya akan menjadi lebih mudah dilaksanakan dan hasilnya pasti memuaskan. Biasanya tentulah hobi kita , kan?

Begitu juga ada sesetengah dari kita yang berminat dan mahir menggunakan kamera, manakala ada yang rajin menyunting dan memanipulasikan gambar. Kedua-dua perkara ini adalah dua bidang kemahiran yang berbeza

Jika anda merasakan kekuatan anda pada menyunting gambar, anda boleh mengolah gambar menjadi sesuatu yang lebih menarik. Namun jika anda mahir dengan DSLR, gunakan kemahiran merakam gambar dengan merakam gambar yang bermutu tinggi.

Percayalah, tidak kira bagaimana gambar-gambar itu digunakan, namun nilainya memang mahal.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah sedikit suntikan bisnes ke atas kemahiran anda tersebut. Tonjolkan diri anda dan design anda. Berikan servis kepada yang memerlukan. Dan saya pasti, hidup anda akan berubah 🙂

Tetapi kepada yang suka menjadikan gambar sebagai koleksi, fikirkannya semula, mungkin diluar sana ramai yang menanti karya2 anda dikeluarkan.

Categories: Fotografi

#PROFESION JURUFOTO- 4

June 23, 2012 Leave a comment

Jurufoto Wanita – Ruang dan Peluang

Ramai wanita yang meminati bidang fotografi ini dan ada yang bercita-cita menjadikan ianya satu kerjaya atau karier. Tak kurang juga ada yang ingin menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan. Tetapi persoalannya adakah ini masa yang sesuai dan bidang apa yang perlu diceburi? Bagaimana nak bersaing dengan Jurufoto2 yang hebat-hebat? Boleh jadi Jurufoto Profesionalkah ? Oh..keciknya rasa diri 😦

Hilangkan persoalan anda itu dengan huraian ini.

Era fotografi digital masih muda dan jurufoto yang ada sedaya upaya cuba menyesuaikan diri dengan alam fotografi digital. Dengan semangat yang berkobar-kobar, apa yang kita nampak, mereka mempamerkan kelebihan masing-masing dari merakam, mencetak sehinggalah memaparkan gambar di Internet. 

Hakikatnya bukan semua jurufoto baru mahir mengendalikan kameranya, jika tidak mempelajarinya secara formal. Rata-rata ‘orang baru’ mampu memiliki kamera DSLR namun masih terkial-kial mengendalikannya.

Begitu juga dengan jurufoto lama yang biasa dengan filem, harus belajar semula untuk menyesuaikan diri dalam era digital ini.

Persaingan tetap ada namun tidak begitu ramai memandangkan bukan semua yang bersaing mahir atau pakar dalam bidang masing-masing apabila menggunakan DSLR.

Ini jelas kelihatan kepada jurufoto-jurufoto lelaki yang kebanyakkannya menceburi bidang Fotografi Perkahwinan. Agak kurang yang memasuki bidang-bidang lain yang jelas terbuka luas dihadapan mata.

Oleh itu Jurufoto Wanita hampir tiada persaingan kerana kurangnya kaum sejenisnya menceburi bidang ini secara serius.
Jangan beranggapan jurufoto lelaki itu persaing. Bidang yang mereka ceburi adalah terhad kepada Perkahwinan, Majlis, Fesyen dan Photoshoot. Selebihnya lebih suka menyertai outing.

Bidang yang sesuai untuk wanita sesetengahnya tidak mampu dilakukan oleh lelaki. Oleh itu jangan berfikir untuk menceburi bidang yang dikuasai lelaki seperti Perkahwinan, Sukan, Majlis dan sebagainya.

Cuba ceburi bidang yang ada disekeliling kita, antaranya Bayi yang baru lahir, Kanak-kanak, Famili, Group Photo, Pakaian Wanita, Kelengkapan wanita, Memasak, Menjahit dan banyak lagi yang berkaitan dengan dunia wanita.

Bagaimana dengan PROFESIONAL?

Menjadi Jurugambar Profesional, bunyinya agak umum. Jika seseorang itu profesional ia mestilah mahir dalam sesuatu bidang. Contohnya Jurufoto Profesional Kanak-kanak, bermakna ia memang pakar dalam merakam gambar kanak-kanak.

Gambarnya memang hebat dengan memasukan pelbagai elemen termasuk idea, komposisi, warna, aksi dan teknik. Jurufoto ini boleh memperolehi pendapatan dari hasil kerja, cetakan dan bingkai sekali gus.

Nampaknya mudah, namun ia memerlukan usaha dan perancangan dan sedikit modal.

Categories: Uncategorized

Kategori Jurufoto Perkahwinan – Dimanakah Kita?

June 23, 2012 Leave a comment

Bukan semua jurufoto perkahwinan sama. Jika disaring, kita akan dapati beberapa kategori Jurufoto Perkahwinan di pasaran pada masa kini.

Kenalilah kategori jurufoto ini yang bakal merakam gambar di hari Majlis Perkahwinan.

JURUFOTO AMATUR / SAMBILAN
1. Jurufoto yang baru berjinak dengan fotografi dan mendapati majlis perkahwinan boleh menjana pendapatan lumayan.

a) Ada antaranya baru memiliki kamera dan belajar dengan ringkas sebelum pergi majlis perkahwinan

b) Menganggap tugas jurufoto di majlis perkahwinan perkara mudah. Yakin dengan ilmu yang dimiliki walaupun tidak pernah atau baru beberapa kali merakam gambar majlis perkahwinan

JURUFOTO SAMBILAN
1. Jurufoto sambilan menjadikan fotografi sebagai hobi dan sekali sekala ingin menguji kemahiran didalam bidang perkahwinan.

2. Mempunyai kerja tetap yang lain (bukan dalam bidang fotografi). Berusaha meraih pendapatan sampingan sebagai jurufoto sambilan. Biasanya mereka melakukanya di hujung minggu dan ada diantaranya telah melakukannya untuk sekian lama.

JURUFOTO TETAP DAN BERPENGALAMAN
Fotografi adalah bidang kerjaya utama dan bertugas sebagai jurufoto di tempat kerjanya. Menerima tempahan mengambil gambar perkahwinan dihujung minggu dan ianya merupakan kerja sampingan. Jurufoto ini ada bertugas di kedai gambar, studio dan organisasi kerajaan mahupun swasta. Tugasnya merakam gambar pelbagai jenis majlis secara sepenuh masa.

JURUFOTO PERKAHWINAN MAHIR
Jurufoto tetap yang mengkhususkan kepakaran didalam bidang fotografi perkahwinan. Ada diantaranya mempunyai syarikat dan studio sendiri serta mempunyai beberapa orang pekerja dan pembantu.

Apa jua kategori mereka, apa yang penting ialah kebolehan mereka menghasilkan gambar yang berkualiti serta tidak mengecewakan pelanggan.

***Sumber FB FPM

Categories: Fotografi

#BISNES FOTOGRAFI – 1

June 23, 2012 Leave a comment

Bakat + Hobi = Bisnes 

Kebanyakkan jurufoto kebiasaanya mempunyai kemahiran di dalam membuat suntingan ke atas gambar. Malah ada yang lebih mahir menggunakan teknik untuk memanipulasikan gambar. Hasilnya, gambar asal yang nampak biasa menjadi lebih menarik, ekstrem dan ada kala sehingga diluar imaginasi kita untuk difikirkan.

Namun begitu ada bidang kemahiran menyunting gambar yang yang agak menarik untuk dipaparkan disini. Mungkin selepas ini, kepada yang mempunyai kemahiran menyunting gambar boleh mencubanya.

Dengan merakam gambar bersaiz besar, ada texture dan tidak blurr, imej diproses dan disunting dengan bantuan pen tablet seperti WACOM. Hanya menggunakan teknik brush tools mengikut kesesuaian gambar seperti untuk effect watercolor, oil, pastel dan sebagainya teknik ini dimulai seperti kaedah traditional

Dalam mendapatkan sentuhan traditional ke digital , pen table yang mempunyai titik gerakan yang jitu dan tinggi sangat penting sebagai penganti kepada berus traditional dan dalam teknik ini asas perlu kuat dan seterusnya gambar boleh diolah mengikut keselesaan sendiri. Dengan itu terhasillah
Tra-digital Art Photography.

Categories: Fotografi

#PROFESION JURUFOTO- 6

June 23, 2012 Leave a comment

Public Relation (‘PR’) mencerminkan Imej Jurufoto(**dipetik dr FBFPM)

Jurufoto mahir menjadikan kebiasaan menggunakan diplomasi dan mengekalkan cara berkomunikasi yang baik dalam perhubungan dengan pengantin dan seisi keluarganya.

Jurufoto mahir juga suka berinteraksi dengan pelanggan andaikata ada sesuatu perkara yang akan dilakukannya dengan cara yang sopan dan mudah difahami pelanggan.

Ini kita gelarkannya sebagai PR atau perhubungan awam antara sikap yang perlu ada dalam diri seorang Jurufoto.

Bagi membina hubungan ini, ianya bermula semasa sesi perjumpaan dan perbincangan lagi dimana jurufoto akan memastikan gambar yang ditunjukkan kepada pelanggan adalah hasil kerja beliau sendiri. Selain itu jurufoto juga akan menunjukkan pakej-pakej perkhidmatan yang disediakan dan harga yang bakal dicaj. Dengan ini Jurufoto akan nampak lebih ikhlas dalam memenangi hati pelanggannya.

Dan menjadi pantang larang seorang jurufoto menggunakan hasil kerja orang lain sebagai bukti koleksi sendiri.

Jika ini berlaku dari awal lagi, jurufoto harus sedar, niat tidak boleh menghalalkan cara. Pelanggan akan berasa kecewa jika hal ini sampai ke telinganya.

Jurufoto biasanya mengambil kesempatan dalam sesi ini untuk menerangkan sesuatu idea serta konsep penggambarannya secara terbuka dan bersedia menerima feedback dari pelanggan.
Dengan ini, kata sepakat tentang perkara dibawah dapat dicapai.

1. Konsep rakaman yang akan dilakukan.
2. Jumlah masa bertugas dan dari jam berapa hingga jam berapa.
3. Adakah apa-apa caj jika masa tambahan diperlukan.
4. Adakah anda membawa jurufoto pembantu.
5. Jumlah gambar yang akan diberikan dan saiz-saiznya.
6. Jenis album, atau bingkai yang akan diberikan.
7. Bilakah ianya siap dan diserahkan.

Perkara-perkara penting akan diperjelas dan diselesaikan sehabis baik oleh kedua-dua belah pihak agar ianya tidak timbul perkara berbangkit selepas majlis perkahwinan.

Pelanggan akan sentiasa memerhati dan menilai kita setiap saat namun dengan ‘PR’ Jurufoto ditahap ‘A’ , pelanggan akan lebih berasa selesa, yakin dan percaya terhadap perkhidmatan yang bakal diberikan

Ianya tidak terhenti di situ sahaja.

‘PR’ Jurufoto akan kelihatan lebih menyerlah semasa tugasan sebenar.

Semasa dalam bertugas Jurufoto bukan setakat berhubung dengan pelanggan semata-mata, Jurufoto juga akan cuba berkomunikasi bersama-sama tetamu, saudara-mara dan sahabat handai di majlis itu.

Apa juga tindakan dan sikap yang kita tunjukkan sebelum dan semasa bertugas, akan mempamerkan imej kita sebagai jurufoto serta membabitkan imej pelanggan kita.

Jurufoto yang mempunyai PR yang baik akan sentiasa diingat sampai bila-bila, walaupun dalam apa jua keadaan. Selain itu dengan sikap baik yang ditunjukkan membuatkan orang lain juga berasa ringan tulang untuk membantu jika Jurufoto mempunyai masalah dan gangguan semasa bertugas.

Oleh itu berusahalah menjadi Jurufoto yang memiliki PR yang baik. Ianya adalah antara kunci kejayaan kepada sesetengah Jurufoto Profesional.

Categories: Fotografi