Home > Fotografi > #PROFESION JURUFOTO- 4

#PROFESION JURUFOTO- 4

Jurufoto Wanita – Ruang dan Peluang

Ramai wanita yang meminati bidang fotografi ini dan ada yang bercita-cita menjadikan ianya satu kerjaya atau karier. Tak kurang juga ada yang ingin menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan. Tetapi persoalannya adakah ini masa yang sesuai dan bidang apa yang perlu diceburi? Bagaimana nak bersaing dengan Jurufoto2 yang hebat-hebat? Boleh jadi Jurufoto Profesionalkah ? Oh..keciknya rasa diri😦

Hilangkan persoalan anda itu dengan huraian ini.

Era fotografi digital masih muda dan jurufoto yang ada sedaya upaya cuba menyesuaikan diri dengan alam fotografi digital. Dengan semangat yang berkobar-kobar, apa yang kita nampak, mereka mempamerkan kelebihan masing-masing dari merakam, mencetak sehinggalah memaparkan gambar di Internet. 

Hakikatnya bukan semua jurufoto baru mahir mengendalikan kameranya, jika tidak mempelajarinya secara formal. Rata-rata ‘orang baru’ mampu memiliki kamera DSLR namun masih terkial-kial mengendalikannya.

Begitu juga dengan jurufoto lama yang biasa dengan filem, harus belajar semula untuk menyesuaikan diri dalam era digital ini.

Persaingan tetap ada namun tidak begitu ramai memandangkan bukan semua yang bersaing mahir atau pakar dalam bidang masing-masing apabila menggunakan DSLR.

Ini jelas kelihatan kepada jurufoto-jurufoto lelaki yang kebanyakkannya menceburi bidang Fotografi Perkahwinan. Agak kurang yang memasuki bidang-bidang lain yang jelas terbuka luas dihadapan mata.

Oleh itu Jurufoto Wanita hampir tiada persaingan kerana kurangnya kaum sejenisnya menceburi bidang ini secara serius.
Jangan beranggapan jurufoto lelaki itu persaing. Bidang yang mereka ceburi adalah terhad kepada Perkahwinan, Majlis, Fesyen dan Photoshoot. Selebihnya lebih suka menyertai outing.

Bidang yang sesuai untuk wanita sesetengahnya tidak mampu dilakukan oleh lelaki. Oleh itu jangan berfikir untuk menceburi bidang yang dikuasai lelaki seperti Perkahwinan, Sukan, Majlis dan sebagainya.

Cuba ceburi bidang yang ada disekeliling kita, antaranya Bayi yang baru lahir, Kanak-kanak, Famili, Group Photo, Pakaian Wanita, Kelengkapan wanita, Memasak, Menjahit dan banyak lagi yang berkaitan dengan dunia wanita.

Bagaimana dengan PROFESIONAL?

Menjadi Jurugambar Profesional, bunyinya agak umum. Jika seseorang itu profesional ia mestilah mahir dalam sesuatu bidang. Contohnya Jurufoto Profesional Kanak-kanak, bermakna ia memang pakar dalam merakam gambar kanak-kanak.

Gambarnya memang hebat dengan memasukan pelbagai elemen termasuk idea, komposisi, warna, aksi dan teknik. Jurufoto ini boleh memperolehi pendapatan dari hasil kerja, cetakan dan bingkai sekali gus.

Nampaknya mudah, namun ia memerlukan usaha dan perancangan dan sedikit modal.

Categories: Fotografi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: