Home > Fotografi > #PROFESION JURUFOTO- 6

#PROFESION JURUFOTO- 6

Public Relation (‘PR’) mencerminkan Imej Jurufoto(**dipetik dr FBFPM)

Jurufoto mahir menjadikan kebiasaan menggunakan diplomasi dan mengekalkan cara berkomunikasi yang baik dalam perhubungan dengan pengantin dan seisi keluarganya.

Jurufoto mahir juga suka berinteraksi dengan pelanggan andaikata ada sesuatu perkara yang akan dilakukannya dengan cara yang sopan dan mudah difahami pelanggan.

Ini kita gelarkannya sebagai PR atau perhubungan awam antara sikap yang perlu ada dalam diri seorang Jurufoto.

Bagi membina hubungan ini, ianya bermula semasa sesi perjumpaan dan perbincangan lagi dimana jurufoto akan memastikan gambar yang ditunjukkan kepada pelanggan adalah hasil kerja beliau sendiri. Selain itu jurufoto juga akan menunjukkan pakej-pakej perkhidmatan yang disediakan dan harga yang bakal dicaj. Dengan ini Jurufoto akan nampak lebih ikhlas dalam memenangi hati pelanggannya.

Dan menjadi pantang larang seorang jurufoto menggunakan hasil kerja orang lain sebagai bukti koleksi sendiri.

Jika ini berlaku dari awal lagi, jurufoto harus sedar, niat tidak boleh menghalalkan cara. Pelanggan akan berasa kecewa jika hal ini sampai ke telinganya.

Jurufoto biasanya mengambil kesempatan dalam sesi ini untuk menerangkan sesuatu idea serta konsep penggambarannya secara terbuka dan bersedia menerima feedback dari pelanggan.
Dengan ini, kata sepakat tentang perkara dibawah dapat dicapai.

1. Konsep rakaman yang akan dilakukan.
2. Jumlah masa bertugas dan dari jam berapa hingga jam berapa.
3. Adakah apa-apa caj jika masa tambahan diperlukan.
4. Adakah anda membawa jurufoto pembantu.
5. Jumlah gambar yang akan diberikan dan saiz-saiznya.
6. Jenis album, atau bingkai yang akan diberikan.
7. Bilakah ianya siap dan diserahkan.

Perkara-perkara penting akan diperjelas dan diselesaikan sehabis baik oleh kedua-dua belah pihak agar ianya tidak timbul perkara berbangkit selepas majlis perkahwinan.

Pelanggan akan sentiasa memerhati dan menilai kita setiap saat namun dengan ‘PR’ Jurufoto ditahap ‘A’ , pelanggan akan lebih berasa selesa, yakin dan percaya terhadap perkhidmatan yang bakal diberikan

Ianya tidak terhenti di situ sahaja.

‘PR’ Jurufoto akan kelihatan lebih menyerlah semasa tugasan sebenar.

Semasa dalam bertugas Jurufoto bukan setakat berhubung dengan pelanggan semata-mata, Jurufoto juga akan cuba berkomunikasi bersama-sama tetamu, saudara-mara dan sahabat handai di majlis itu.

Apa juga tindakan dan sikap yang kita tunjukkan sebelum dan semasa bertugas, akan mempamerkan imej kita sebagai jurufoto serta membabitkan imej pelanggan kita.

Jurufoto yang mempunyai PR yang baik akan sentiasa diingat sampai bila-bila, walaupun dalam apa jua keadaan. Selain itu dengan sikap baik yang ditunjukkan membuatkan orang lain juga berasa ringan tulang untuk membantu jika Jurufoto mempunyai masalah dan gangguan semasa bertugas.

Oleh itu berusahalah menjadi Jurufoto yang memiliki PR yang baik. Ianya adalah antara kunci kejayaan kepada sesetengah Jurufoto Profesional.

Categories: Fotografi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: