Archive

Archive for July, 2012

Malaysia 1 ARSENAL 2

July 29, 2012 Leave a comment

Lawan dalam bulan pose.

Mula jam 9.45mlm.Di Bukit Jalil.

Puas ati tngok corak permainan player2 Malaysia yg tidak gentar @ gerun ngan beberapa player The Gunners yg sudah semestinya berharga juta jutaan itu.Paling gua tabik spring adalah player cam Aidil Zakuan.Memang terbaik r dia ni jadi defend.Kalao Xde dia mungkin len skit result mlm itu.Image

Separuh ms pertama malaysia dah leading 1-0.Harapan nak tngok kejutan yg dibuat oleh pasukan harimau malaya terpadam bila dihujung2 sprh masa kedua gawang Mlysia berjaya gak dibolosi.Cis la cisla……okeyla okeyla….

 

(Semua pic Dambil dlm Bharian on9)

Advertisements
Categories: Arsenal FC

Aku MC rini

July 18, 2012 Leave a comment

Pala ting tong r rini….dapatlak MC kat klinik mediviron….nak taknak aku terpaksa gak cuti….taklimat ngan wakil Pejbt Tanha kat opis x daptla aku hadirkan diri

Image

Ajak Izah layan Spidermen kat wayang.Ingat nak layan kat Shamerlin dekat skit…tngok waktu lmbt sngt(jam 3)…so terjah ke Leisure Mall.2 tiket RM 14.Bestlah layan.Sesuatu yg baharu.Lain drpd apa yg dipersembahkan oleh pengarah Sam Raimi dalam 3 pilem Spidermen ciptaannya berbanding yg ini oleh Marc Webb.Berbaloilah n puas ati.

Categories: Aku @Min

Pesanan wat photographer baharu….

Dikongsi dari status Mahayudin Mohamad yang baru selesai cover Perdana Menteri di Bangi ‘jelajah janji ditepati’..

Nak tegur ramai jurufoto bukan media yang dok excited merakam gambar…

Pertama bab teknikal: engineer jepun buat flash untuk bila gelap, fill in pun bila gelap. bila tengah hari maka direct flash lah bila matahari dibelakang PM, tak perlu bounce flash ke langit . Kedua lens hood itu pun engineer jepun cipta bukan untuk suka suka..korang bayar jugak.. tapi pusing dan gunakan kehadapan lindungi lensa anda , bukan dikekalkan terbalik masa shooting… tapi apakan daya korang lagi hebat bergaya.

** Pesanan ini saya kongsi bertujuan untuk mengelakkan perkara begini berlaku lagi pada acara rasmi pada masa akan datang 🙂

Categories: Fotografi

Sepanyol juara EURO 2012

Setel sudah final yang dinanti2.Italy kena titik 4-0 dgn Spain.Game takdelah best sngt cam kite layan BPL @ Braca vs Real Madrid.So so ajer.

Tulen pameran kartun Malaysia(Utusang 23/06/2012)

SEPERTI nama pameran tersebut, karya-karya yang dipamerkan turut dipilih dari pelbagai zaman bermula dari zaman era tahun 30’an sehingga ke zaman kegemilangan kartun Malaysia.

Seni lukis kartun tidak dapat dinafikan kerana ia merupakan genre seni visual paling popular dan telah terpahat dalam minda masyarakat dan dikenali ramai sama ada yang tua atau muda, kaya atau miskin, penduduk di bandar atau di kampung.

Ia dianggap seni visual rakyat. Malah, kadang kala, kartunis lebih dikenali berbanding tokoh genre seni visual yang lain. Seni kartun sering dilihat dekat dan kritis dengan kehidupan rakyat eranya.

Pameran mini Kartun Tulen Malaysia: Era Perintis ke Era Pluralis ini memaparkan siri tokoh perintis (prominent figures) dari setiap era persejarahan seni kartun Malaysia.

Perintis bukan sahaja pelopor era, bahkan dalam bentuk mentoring, pengaruh gaya lakar, identiti, kewujudan fenomena atau lain-lain aspek yang membantu seni lukis kartun Malaysia.

R. Hamzah, Rejabhad, Rizalman, Lat, Hassan Muthalib, Mishar, Jaafar Taib, Zainal Buang Hussein, Nan, Ujang, Aei, Gayour, Cabai, Kerengge, Don, Fatah, Zoy, Miki, Juragan, Reggie Lee, Rossem dan Tazidi merupakan antara nama besar yang peranannya diangkat dan didokumentasikan dalam pameran ini.

Menurut kurator jemputan, Prof. Dr. Muliyadi Mahamood, berkata, seni lukis kartun mula diperkenalkan di Malaysia sejak zaman 30’an.

“Contoh karya awal kartun adalah seperti kartun-kartun yang disiarkan dalam akhbar dan ia banyak berkisah mengenai soal arah tuju sesebuah bangsa dan di Malaysia ia lebih merujuk kepada bangsa Melayu.

“Kisah-kisah yang disampaikan juga lebih kepada kisah-kisah penjajahan dan berkait rapat dengan sikap orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata, pada zaman tersebut kartun lebih bersifat keras dari segi kritikan yang dihasilkan pelukis tersebut bersesuaian dengan zaman dan masa mereka.

“Pelukis kartun zaman tersebut bersemangat untuk menegakkan bangsa dan selepas merdeka, seni ini lebih memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

“Pada tahun 60-an, pelukis-pelukis mula ambil kira konsep kronologi dan kebanyakan karya disiarkan dalam surat khabar tempatan. Tahun 70-an barulah pelbagai majalah kartun dijual secara meluas,” katanya.

Jelasnya, seni kartun berkembang mengikut arus semasa menerusi perkembangan sosial dan keadaan politik semasa.

“Pada tahun 30-an, keadaan begitu mendesak supaya bersatu menentang penjajah dan pada tahun 90-an seni ini memberi penekanan terhadap jenaka unsur komentar sosial bukan semata-mata bersifat humor.

“Contohnya seperti kartun Kampung Boy dan Keluarga Si Mamat yang merupakan sebuah karya kiasan kepada kehidupan masyarakat tempatan,” katanya.

“Perkembangan kartun amat positif kerana ia dihasilkan mengikut peredaran zaman dan suasana malah penghasilan kartun pada zaman ini masih releven kerana adanya peminat yang tersendiri,” katanya.

Prof. Dr. Muliyadi berkata, karya kartun tempatan amat berbeza dengan kartun Barat mahupun kartun Jepun yang lebih dikenali sebagai manga.

“Kartun berunsur manga telah diiktiraf sebagai seni tersendiri dan ramai kartunis Malaysia berkarya dengan gaya ini seolah-olah seperti sebuah fenomena.

“Tetapi keadaan ini merupakan fenomena global dan kartun manga bukan sahaja popular di Jepun malah diseluruh dunia.

“Jika diperhatikan, kartunis Malaysia apa kurangnya. Mereka mempunyai gaya yang tulen dan kita boleh berbangga dengan hasil kerja tangan mereka.

“Banyak kartun kita telah dipasarkan di luar negara selepas ia dianimasikan,” katanya.

Salah seorang wakil kartunis yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut, Ibrahim Anon, berkata, era 90-an merupakan tahun terbaik buat kartunis tempatan.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama penanya, Ujang timbul dari dunia fantasi selama lebih 25 tahun mencipta fenomena dalam dunia kartun tempatan.

Nama Ujang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana namanya sudah dekat di hati peminat dan rakyat Malaysia.

Watak kartun lakaran kartunis tersohor ini seperti Ujang, Atuk, Din Beramboi sehinggalah ke Usop Sontorian mekar subur hingga peminat ciliknya terus setia menantikan kemunculan setiap watak dalam meniti alam kedewasaan.

“Tahun 1995 hingga 1997 merupakan zaman terbaik buat kartunis kerana syarikat pengeluar majalah berunsur kartun boleh menjual sehingga 400,000 sebulan.

“Masuk sahaja tahun 2000 penjualan majalah berunsur kartun jatuh sehingga 40 peratus dan ketika itu syarikat pengeluar majalah kartun hanya mampu menjual sebanyak 50,000 hingga 40,000 sahaja sebulan.

“Bagaimanapun, selagi saya masih mampu memegang pen untuk melukis, selagi itulah saya akan meneruskan minat saya dalam dunia kartun,” jelasnya cukup mendalam dalam memperjuangkan legasi seni kartun tanah air.

Ujang yang menginjak usia 47 tahun, tidak menganggap faktor usia sebagai penghalang untuk terus berkarya.

Semangatnya terus berkobar saat kali pertama beliau memperkenalkan lakaran kartun setebal 24 muka surat bertajuk, Hikayat Ujang Senang tatkala bertemu Ketua Pengarang Gila-Gila, Jaafar Taib di pejabat Creative Enterprise Sdn. Bhd. pada awal 1980-an.

Jaafar jugalah yang memberikan nama pena Ujang kerana karyanya menjurus kepada loghat Negeri Sembilan, selain menjadi mentor dalam membuat kartun satu petak ketika pertama kali disiarkan dalam Majalah Gila-Gila bilangan 130 keluaran 1 Februari 1984.

Pada usia 17 tahun ketika itu, Ujang tidak terfikir watak ‘Ujang’ mampu mencetus fenomena tersendiri buat peminat majalah humor terkenal itu.

Sambil membuka rahsia, watak Ujang itu lahir dalam dirinya waktu membesar sebagai anak Minang dengan pegangan kuat adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Baginya, watak yang cuba disampaikan dalam visual humor itu sama dirasai masyarakat, baik dari segi gaya hidup, budi bahasa dan persekitaran yang secara tidak langsung meletakkan karakter itu lebih dekat di hati pembaca.

“Mulanya secara suka-suka kerana saya tidak mendapat bimbingan secara profesional kecuali di sekolah menengah dalam dunia seni lukis. Dari zaman sekolah, memang saya suka melukis kartun.

“Watak Ujang Senang sendiri wujud ketika saya di bangku sekolah lagi,” akui Ujang yang pada saat kegemilangannya bergelar jutawan pada usia 30 tahun.

Katanya, dunia kartun seiring perkembangan seni visual.

“Kalau hendak diikutkan, dulu ketika zaman muda-muda dulu memang cukup terkenal bergelar kartunis dan hampir setiap hari saya tanda tangan autograf peminat tetapi tidaklah pada usia sekarang (tergelak).

“Saya tidak rasa ia kerjaya glamor, tetapi seronoknya apabila karya kita diterima umum,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kenapa watak kartun Ujang dan kartun lain kuat diterima umum, Ujang berkata, ia perlu berbalik kepada senario masyarakat kita sendiri.

“Watak Ujang itu sendiri kalau kita hayati, dia seorang budak kampung yang nakal, suka berjenaka, berjoget lambak dan membesar dalam suasana kampung.

“Jadi apabila berada di kota, Ujang seakan-akan mengalami kejutan budaya. Tidak dinafikan yang ramai juga remaja di luar sana yang melalui detik sebegini secara tidak langsung menjadi lebih dekat dengan diri sendiri,” kata Ujang.

Categories: Uncategorized