Home > Arsenal FC, EPL > Game ke 1000 Wenger dimalukan oleh Mourinho n ‘co (6-0)

Game ke 1000 Wenger dimalukan oleh Mourinho n ‘co (6-0)

Image

LONDON – Chelsea mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana England selepas membelasah Arsenal 6-0 di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Jose Mourinho mengumpul 69 mata daripada 31 perlawanan, manakala Arsenal kekal di tangga ketiga dengan 62 mata.

Pada aksi malam tadi, Samuel Eto’o meletakkan skuad The Blues di depan seawal minit kelima sebelum Andre Schurrle menambah derita skuad The Gunners apabila menyumbat masuk gol kedua pada minit ketujuh.

Skuad bimbingan Arsene Wenger sekali lagi ditimpa malang apabila pengadil perlawanan, Andre Marriner melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan, Kieran Gibbs.

Gibbs menjadi mangsa pengadil yang keliru dengan insiden menampan bola dengan tangan yang sebenarnya dilakukan oleh Alex Oxlade-Chamberlain ketika dia cuba mengalang rembatan Fernando Torres pada minit ke-15. Oxlade-Chamberlain memberitahu Marriner: “Saya yang melakukannya.”

Bagaimanapun, Marriner tidak mengindahkan penjelasan Oxlade-Chamberlain itu dan terus melayangkan kad merah kepada Gibbs, sekali gus memberikan sepakan penalti kepada Chelsea.

Penyerang muda Belgium, Eden Hazard tidak berdepan masalah untuk memperdaya pengaja gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Oscar membuktikan kehebatannya apabila menyumbat gol keempat Chelsea hasil hantaran Torres kira-kira tiga minit sebelum rehat.

Arsenal cuba bangkit pada babak kedua tetapi gagal memperoleh gol yang dicari.

Chelsea terus berpesta jaringan apabila berjaya menambah dua lagi gol masing-masing menerusi Oscar pada minit ke-66 dan Mohamed Salah (71).

Kekalahan itu pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada Wenger yang mengharapkan kejayaan bagi meraikan perlawanan ke-1,000 selaku pengurus Arsenal. – Agensi

Petikan : kosmo

#Memang hancor lebur sampai tak tahu nak kata ape-ape….😦

Categories: Arsenal FC, EPL
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: