Archive

Archive for April, 2014

FA CUP : ARSENAL BERJAYA KE FINAL

April 13, 2014 Leave a comment

Out of the shadows: Lukasz Fabianski was given the nod to keep goal for Arsenal in the semi-final clash

Fabianski penalty saves help send Arsenal into final

FA Cup semi-final, Wembley Stadium – Arsenal 1 (Mertesacker 82′) Wigan 1 (Gomez 63′ pen) (aet Arsenal win 4-2 on penalties)

# Para pemain meraikan kejayaan mara ke final seumpama sudah mengenggam kejuaraan piala FA.Semua saling menjerit dan berpelukan.

#Wigan adalah juara piala fa tahun lepas slps kalahkan peberet Man City

Advertisements
Categories: Arsenal FC, EPL

Fungsi Jurofoto Kedua

April 8, 2014 Leave a comment

Fungsi Jurufoto Kedua… I respect them!
Bagi saya… mereka ni lah yang penting… and they can easily create a fantastic and memorable moments candidly!

TIPS FOTOGRAFI PERKAHWINAN.

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU JURUFOTO KEDUA UNTUK MAJLIS ANDA DAN APAKAH FUNGSI MEREKA DI MAJLIS ANDA ?

1. Kehadiran jurufoto kedua akan memudahkan jurufoto utama anda memberi tumpuan 100% kepada anda.

2. Jurufoto kedua biasanya ditugaskan untuk mengambil foto tetamu, ahli keluarga yang “bertugas” dimajlis anda serta suasana majlis (khemah, dewan, kehadiran jemputan).

3. Jurufoto utama biasanya sukar mencari moment candid dan ini adalah salah satu kelebihan anda mempunyai jurufoto kedua.

4. Wujud 2 kamera atau 3 kamera beroperasi ketika majlis anda, ianya lebih baik dari 1 kamera. Maka lebih banyak gambar anda akan dapat. Backup kamera dapat membantu jika berlaku breakdown pada mana-mana salah satu kamera.

5. Jika jurufoto utama anda mempunyai masalah atau tiba-tiba tidak dapat bertugas di hadapan (sakit perut ke… emergency ke.. tiba-tiba pengsan ke…) anda masih ada harapan untuk bergambar dengan jurufoto kedua.

6. Kordinasi dan liputan majlis akan lebih lengkap dengan kehadiran 2 jurufoto. Tetapi jika terlalu ramai jurufoto yang anda hire, keadaan boleh jadi kucar kacir kerana di depan pelamin terlalu ramai jurufoto, anda sendiri tidak tahu yang mana hendak tengok. 2 jurufoto sudah memadai untuk majlis dirumah mahupun di dewan kecil/sederhana.

7. Jurufoto kedua boleh menjadi pembantu kepada anda ketika sesi outdoor (tolong bawa barang, pegangkan handphone, kasut, payung, beg tangan, bunga tangan) dan juga pembantu pencahayaan foto kepada jurufoto utama apabila diperlukan.

8. Sewaktu group photo, saat-saat ekspresi dan syot-syot “moment” dapat dilihat oleh jurufoto kedua dari kedudukan berbeza dari jurufoto utama, hasil foto yang tidak anda sedari ini biasanya kreatif dan sangat “owhh happynya, cutenyaa..” kerana ianya dari prespektif berbeza.

9. Jika majlis anda melibatkan VVIP atau VIP yang memerlukan protokol tinggi, pergerakan jurufoto kadangkala terbatas dan terhad, kehadiran jurufoto kedua lah yang dapat membantu jurufoto utama anda menambah bilangan foto.

10. Kadangkala hasil jurufoto kedua lebih natural berbanding jurufoto utama kerana ianya lari dari formal syot. Maknanya disini, jurufoto utama foto formal, jurufoto kedua foto unformal / santai.

NAMUN… berapakah kos untuk mengambil jurufoto kedua?

Kebiasaannya jurufoto perkahwinan akan mengenakan caj jurufoto kedua mengikut aturcara yang terlibat. Anggaran harganya adalah sekitar RM 400 hingga RM 800 per aturcara dan kadangkala lebih tinggi bergantung kepada tahap kemahiran (junior, senior) dan masa yang terlibat.

Ishh banyaknya ? RM 200 tak boleh ?
Jika 1 jurufoto tambahan hanya dibayar RM 200 bagi tempoh dua aturcara (nikah dan resepsi perempuan) iaitu pada kadar RM 100 per aturcara… tidak akan ada jurufoto yang mahu menjadi jurufoto kedua.

Adalah lebih baik mereka mengendalikan job sendiri berbanding menjadi jurufoto kedua yang perlu bertugas 1 hari / 2 hari selama 5 hingga ke 10 jam.

Jadi jika anda mahu menolak jurufoto kedua, sila fikirkan semula. Apa yang anda HIRE adalah kemahiran fotografi mereka, bukan KAMERA mereka. Bukanlah bermaksudnya disini 1 jurufoto itu tidak cukup tetapi jika anda mahu lebih BEST ikutlah pepatah ini “berdua lebih baik” 

Artikel oleh : Fotokahwin.com (Didiz Rushdi – photography trainer/tutor)
Untuk : Terengganu Wedding Photographer Directory
FB : www.facebook.com/twpdirectory

Categories: Fotografi