Archive

Archive for August, 2014

Sepanjang minggu ini : 25/08-29/08/14

August 28, 2014 Leave a comment

-Cek Irnani kes pindaan S/Kuasa ahli berbangsa cina berjaya dijumpai…syukur Alhamdulillah

-Katil Airis sampai ari Khamis…Airis sngt hepi…hari ini dok asyik menyanyi senang hati

-Unifi pasang hari ni juge (khamis ptg)

-Encik Ezani suruh aku jadi OP utk Yearly summit tawun nie

Categories: Aku @Min

Light Painting / Light Trail

August 19, 2014 Leave a comment

Atikah Abdul Azis August 11 at 5:03pm **Salam boleh x ajar mcm mna nk amik gambar mcm ni?? Sy pkai model Nikon D5100 (soalan diajukan dlm Fb Bengkel fotografi)

   JAWAPAN MEREKA :

Zamri Arch lesson no 1- google light painting/ light trail.
setting – mode M (manual). shutter speed seslow mungkin/ikut berapa lama aksi yg kita nk buat tu….aperature/iso secukup rasa.guna tripod & remote trigger/ self timer …
Aidi Safuan Gerakkan bunga api tu sahaja.kalo bole tubuh badan lain selain tangan jgn digerakkan.kecuali kalau nak buat effect langsuir. 

Shahril Nizam lagi satu tips…make sure background anda dalam keadaan segelap yang mungkin untuk focus cahaya pada bunga api…give a try…..gunakan lampu suluh yang paling senang dan lakukan dalam bilik yang amat gelap…anda akan dapat hasilnya….ahaks…insyallah

Muhammad Fairuz x semestinya perlu bilik atau kawasan yg keadaan segelap yg mungkin.. mcm kat gambar atas, keadaan sudah cukup.. hanya perlu pengemasan dari segi kawalan kamera.

 

Categories: Fotografi

10 makanan membantu menurunkan berat bdan. (Sumber : FB)

August 13, 2014 Leave a comment

1. Oat : Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ianya mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Telur: Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan pada masa yang sama, rendah kalori. Telur membantu untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik untuk badan.

3. Epal : Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi Pectin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Cili Hijau : Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

5. Bawang Putih : Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik.

6. Madu : Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan mengambil setiap hari pada awal pagi .

7. Teh Hijau : Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan badan kita weight.Take harian 2 cawan teh untuk hasil yang lebih baik.

8. Rumput Gandum : Ianya meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak dalam badan. Kombinasi terbaik untuk diet yang baik.

9. Tomato : Tomato membantu membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu untuk menjauhkan diri dari kanser. Ditambah dengan Vitamin A, Vitamin C, Kalsium dan Kalium yang tinggi termasuk kaya dengan Beta Karotena yang sangat berguna untuk mata.

10. Coklat Gelap : Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti-radang yang membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan Serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.

Categories: Uncategorized

Propaganda dalam filem [Utusan Mesia]

August 9, 2014 Leave a comment

 MY Name Is Khan berjaya memberi kefahaman sebenar mengenai Islam dan keindahannya.

KEBANYAKAN filem Hollywood mempunyai propaganda tersendiri. Yang sering dimainkan oleh kebanyakan terbitan mereka adalah berkenaan pengganas Islam.

Francais filem terkenal seperti Tranformers juga mempunyai agenda tersebut walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan.

Paling ketara adalah melalui filem terbaru Robocop. Selain daripada menceritakan bagaimana AS menjadi pasukan pengaman dunia daripada ancaman pengganas Islam melalui filem ini, Robocop juga secara sinisnya mengutuk teknologi dari China.

Tidak terkejut apabila ada sebuah filem animasi yang diterbitkan untuk tontonan kanak-kanak berjudul, Team America secara terang-terangan mempersendakan agama Islam dan menunjukkan masyarakat Islam adalah pengganas.

Secara tidak sedar inilah hasrat sebenar musuh-musuh Islam yang bercita-cita menjauhkan umat Islam daripada nilai-nilai agama dan cara hidup Islam melalui serangan pemikiran menggunakan saluran media yang mereka kuasai.

Setiap filem propaganda pengganas Islam yang dihasilkan oleh Hollywood rata-ratanya bermain dengan bedilan, letupan dan bunuh-membunuh.

Namun dalam keghairahan Hollywood menghasilkan filem-filem propaganda, nampaknya ada juga penerbit terutamanya dari Bollywood yang ‘menyerang hendap’ memperbetulkan keadaan dengan filem-filem terbitan mereka.

Walaupun tidak sebanyak kuantiti filem yang dihasilkan Hollywood namun ada filem menyanjungi Islam.

Dua filem Bollywood yang boleh dibanggakan kerana memperbetulkan propaganda Barat mengenai pengganas Islam adalah My Name Is Khan (2010) dan Kurbaan (2009).

Paling menarik kedua-dua buah filem ini langsung tidak memaparkan keganasan seperti peperangan dan sebagainya. Pengarah berjaya memberi kefahaman tentang kehebatan Islam.

Filem My Name Is Khan lakonan Shah Rukh Khan cukup berkesan. Walaupun watak Rizwan Khan yang dibawanya adalah seorang lelaki lurus bendul dan mempunyai sindrom warna mempunyai satu pemahaman yang cukup besar mengenai Islam.

Filem arahan Karan Johar ini menunjukkkan Islam langsung tidak memandang rendah pengikut agama lain. Ini terbukti melalui babak apabila Rizwan Khan menolong mangsa banjir di dalam sebuah gereja.

Babak tersebut turut membuktikan bahawa propaganda Barat yang selama ini menunjukkan penganut Islam sebagai pengganas adalah tidak betul.

Perjalanan watak Rizwan Khan ke Amerika Syarikat (AS) untuk berjumpa Presiden AS ketika itu untuk menyatakan hasratnya bahawa dia adalah seorang Islam dan bukannya pengganas dengan dialog yang sering diucapkannya, ‘my name is Khan and i’m not a terrorist’.

Khan yang dinyatakan mewakili masyarakat Islam di seluruh dunia. Walaupun mempunyai satu agenda yang besar namun filem ini tidaklah seberat sesetengah filem lain mengenai Islam.

Kurbaan pula merupakan sebuah lagi filem yang dihasilkan bagi membersihkan pemahaman penonton terhadap dakyah Barat bahawa pengganas didalangi oleh orang Islam.

Filem lakonan Saif Ali Khan dan Vivek Oberoi ini turut memaparkan secara halus masyarakat Islam tidak bermusuhan dengan penganut agama lain.

Melalui satu babak dalam sebuah kuliah pengarah filem ini, Rensil D’Silva menggunakan kekuatan dialog bagi memberi pemahaman terhadap tuduhan Barat selama ini terhadap Islam.

Walaupun tidak memaparkan keganasan, kedua-dua filem ini merupakan antara filem yang berjaya dalam menyampaikan agenda Islam yang sebenar.

Kekuatan filem bukan daripada aksi yang terkandung di dalamnya tetapi terletak kepada wacana mahupun jiwa pengarahnya.

Industri filem kita juga mampu untuk menghasilkan filem-filem seumpama ini dengan syarat mempunyai wacana tentang kehebatan Islam dan bukannya bersekongkol dengan Barat menghina Islam.

Categories: Antarabangsa, Hiburan

MUI haram Muslimah pakai Jilboobs [Utusan Mlysia]

August 9, 2014 Leave a comment

Oleh Saharudin Musthafa melaporkan dari Jakarta, Indonesia

 Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita yang mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat. – GAMBAR HIASAN

JAKARTA 9 Ogos – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.

MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.

Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

“Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu,” tegas Timbalan Ketua MUI, Ma’ruf Amin.

Menurut Ma’ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.

“Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang,” kata beliau.

Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.

Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu. – UTUSAN

Categories: Antarabangsa