Home > Antarabangsa, Hiburan > Propaganda dalam filem [Utusan Mesia]

Propaganda dalam filem [Utusan Mesia]

 MY Name Is Khan berjaya memberi kefahaman sebenar mengenai Islam dan keindahannya.

KEBANYAKAN filem Hollywood mempunyai propaganda tersendiri. Yang sering dimainkan oleh kebanyakan terbitan mereka adalah berkenaan pengganas Islam.

Francais filem terkenal seperti Tranformers juga mempunyai agenda tersebut walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan.

Paling ketara adalah melalui filem terbaru Robocop. Selain daripada menceritakan bagaimana AS menjadi pasukan pengaman dunia daripada ancaman pengganas Islam melalui filem ini, Robocop juga secara sinisnya mengutuk teknologi dari China.

Tidak terkejut apabila ada sebuah filem animasi yang diterbitkan untuk tontonan kanak-kanak berjudul, Team America secara terang-terangan mempersendakan agama Islam dan menunjukkan masyarakat Islam adalah pengganas.

Secara tidak sedar inilah hasrat sebenar musuh-musuh Islam yang bercita-cita menjauhkan umat Islam daripada nilai-nilai agama dan cara hidup Islam melalui serangan pemikiran menggunakan saluran media yang mereka kuasai.

Setiap filem propaganda pengganas Islam yang dihasilkan oleh Hollywood rata-ratanya bermain dengan bedilan, letupan dan bunuh-membunuh.

Namun dalam keghairahan Hollywood menghasilkan filem-filem propaganda, nampaknya ada juga penerbit terutamanya dari Bollywood yang ‘menyerang hendap’ memperbetulkan keadaan dengan filem-filem terbitan mereka.

Walaupun tidak sebanyak kuantiti filem yang dihasilkan Hollywood namun ada filem menyanjungi Islam.

Dua filem Bollywood yang boleh dibanggakan kerana memperbetulkan propaganda Barat mengenai pengganas Islam adalah My Name Is Khan (2010) dan Kurbaan (2009).

Paling menarik kedua-dua buah filem ini langsung tidak memaparkan keganasan seperti peperangan dan sebagainya. Pengarah berjaya memberi kefahaman tentang kehebatan Islam.

Filem My Name Is Khan lakonan Shah Rukh Khan cukup berkesan. Walaupun watak Rizwan Khan yang dibawanya adalah seorang lelaki lurus bendul dan mempunyai sindrom warna mempunyai satu pemahaman yang cukup besar mengenai Islam.

Filem arahan Karan Johar ini menunjukkkan Islam langsung tidak memandang rendah pengikut agama lain. Ini terbukti melalui babak apabila Rizwan Khan menolong mangsa banjir di dalam sebuah gereja.

Babak tersebut turut membuktikan bahawa propaganda Barat yang selama ini menunjukkan penganut Islam sebagai pengganas adalah tidak betul.

Perjalanan watak Rizwan Khan ke Amerika Syarikat (AS) untuk berjumpa Presiden AS ketika itu untuk menyatakan hasratnya bahawa dia adalah seorang Islam dan bukannya pengganas dengan dialog yang sering diucapkannya, ‘my name is Khan and i’m not a terrorist’.

Khan yang dinyatakan mewakili masyarakat Islam di seluruh dunia. Walaupun mempunyai satu agenda yang besar namun filem ini tidaklah seberat sesetengah filem lain mengenai Islam.

Kurbaan pula merupakan sebuah lagi filem yang dihasilkan bagi membersihkan pemahaman penonton terhadap dakyah Barat bahawa pengganas didalangi oleh orang Islam.

Filem lakonan Saif Ali Khan dan Vivek Oberoi ini turut memaparkan secara halus masyarakat Islam tidak bermusuhan dengan penganut agama lain.

Melalui satu babak dalam sebuah kuliah pengarah filem ini, Rensil D’Silva menggunakan kekuatan dialog bagi memberi pemahaman terhadap tuduhan Barat selama ini terhadap Islam.

Walaupun tidak memaparkan keganasan, kedua-dua filem ini merupakan antara filem yang berjaya dalam menyampaikan agenda Islam yang sebenar.

Kekuatan filem bukan daripada aksi yang terkandung di dalamnya tetapi terletak kepada wacana mahupun jiwa pengarahnya.

Industri filem kita juga mampu untuk menghasilkan filem-filem seumpama ini dengan syarat mempunyai wacana tentang kehebatan Islam dan bukannya bersekongkol dengan Barat menghina Islam.

Categories: Antarabangsa, Hiburan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: