Archive

Archive for January, 2015

HUKUM MERAYAKAN MAULID NABI S.A.W.

January 25, 2015 Leave a comment

ISU:

Apakah hukum merayakan Maulid Nabi kerana tidak ada riwayat yang menyebutkan Baginda s.a.w. pada setiap ulang tahun kelahirannya melakukan upacara tertentu. Bahkan para Sahabat Baginda pun tidak pernah mengadakan perayaan secara khusus.

DSC_0342

PENJELASAN:

Secara khusus, Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah menganjurkan untuk melakukan apa-apa upacara tertentu bagi menyambut ulang tahun kelahiran baginda. Selepas kewafatan baginda juga, para sabahat dan tabi’in tidak juga melakukan apa-apa upacara tertentu dalam menyambut ulang tahun kelahiran baginda.

Sambutan Maulid Nabawi mula diadakan oleh sebahagian golongan khalaf pada zaman terkemudian. Catatan paling awal tentang sambutan Maulid Nabi direkodkan oleh sejarawan Islam terkenal Al-Maqrizi, iaitu pada zaman pemerintahan Fatimiyyah. Beliau merekodkan dalam bukunya: “Para khalifah-khalifah kerajaan Fatimiyyah mempunyai beberapa perayaan dan sambutan musim-musim tertentu sepanjang tahun. Sambutan tersebut ialah: musim permulaan tahun, hari Asyura, maulid Nabi S.A.W, maulid Ali bin Abi Talib r.a., maulid Hasan, maulid Husain, maulid Fatimah al-Zahra’ ….”. (Al-Mawa’iz wa al-I’tibar, 1/432).

Mantan Mufti Mesir Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i di dalam bukunya Ahsan al-Kalam mengatakan bahawa dari Khalifah Al-Mu’izz Lidinillah merupakan khalifah kerajaan Fatimiyyah pertama yang mengadakan sambutan maulid. Pada tahun 362H, beliau telah menganjurkan sambutan enam maulid di Kaherah, iaitu Maulid Nabawi SAW, maulid Ali bin Abi Talib, maulid Fatimah, maulid Hasan, maulid Husain dan maulid Khalifah Al-Hadhir.

Akhirnya, setelah terbukti bahawa kegiatan ini memberi kebaikan dan mampu membawa umat Islam untuk selalu ingat kepada Nabi Muhammad S.A.W., menambah ketakwaan dan keimanan, kegiatan ini pun berkembang ke seluruh wilayah Islam, termasuk Nusantara Melayu.

Imam Al-Suyuti di dalam Kitab Al-Hawi Li Al-Fatawi menukilkan daripada Syeikhul-Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkenaan dengan sambutan Maulid Nabawi, lalu beliau menjawab: “Asal sambutan maulid adalah bidaah(perkara yang tidak berlaku pada zaman Nabi SAW) yang tidak pernah dinukilkan oleh seorang pun dari kalangan al-salaf al-soleh pada tiga kurun pertama hijriah. Namun perayaan itu mengandungi perkara-perkara kebaikan dan juga perkara-perkara yang berlawanan dengan kebaikan. Justeru, sesiapa yang hanya melakukan perkara kebaikan serta menjauhi perkara yang berlawanan dengannya, maka ia dikira bidaah hasanah.”

(Bidaah hasanah ialah setiap perkara yang tidak berlaku pada zaman Nabi SAW tetapi mempunyai kaitan dengan maslahah(kebaikan umum)dan berlandaskan syarak serta tidak menyalahinya.)

Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W berpuasa pada hari Isnin kerana itu adalah hari keputeraan baginda. Abu Qatadah Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. ketika ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, jawapan yang diberikan ialah: “Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul”. (Riwayat Muslim, 2/819, no: 1162).

Sambutan Maulid Nabi SAW boleh dimasukkan dalam perkara maslahah mursalah, iaitu perkara-perkara yang tidak kedapatan anjuran dan larangan secara khusus daripada syarak, tetapi ia boleh membawa kebaikan kepada masyarakat Islam. Yang dimaksudkan dengan sambutan Maulid Nabi di sini ialah merujuk kepada memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W. yang bertujuan untuk meneladani jejak langkah Baginda SAW dalam seluruh aspek kehidupan dengan mengikut sunnah dan ajaran yang telah dibawa oleh Baginda. Justeru sambutan Maulid Nabi SAW hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang tidak bercanggahan dengan syariat Islam seperti amalan-amalan kebaikan yang mempunyai anjuran umum di dalam syarak. Rasulullah S.A.W. pernah menyebutkan: “Barang siapa merintis jalan kebaikan maka dia akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang menjalankannya, dan barang siapa merintis jalan kesesatan maka dia akan mendapat dosa dan dosa orang yang menjalankannya” (Riwayat Muslim, 2/704, no: 1017).

Dalam pada itu, sambutan Maulid Nabi ini tidak boleh disamakan dengan perayaan Hari Natal atau Krismas kerana umat Kristian menyambut hari tersebut sebagai hari lahirnya anak Tuhan, manakala umat Islam menyambut Maulid Rasul SAW kerana memperingati lahirnya seorang Rasulullah pembawa rahmat seluruh alam.

Maulid Nabi yang disambut setiap tahun oleh kaum Muslimin seluruh dunia pada alaf ini adalah satu bentuk pengagungan dan tanda kecintaan serta penghormatan seluruh umat terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan pengisian sambutan hendaklah tidak mengandungi perkara-perkara yang bercanggahan dengan syarak.

Wallahu a’lam

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/b…/hukum-merayakan-maulid-nabi-saw

Categories: Agama Tags:

Fantasy BPL pilihan aku GW21 (10/01/2015)

January 10, 2015 Leave a comment

Fantasy BPL Kwsp 2014

Yeargh….ni barisan yg aku rasakan terbaek utk game minggu ni…hanya seorg player saja aku kasi tukar…yakni Brunt (West Brom) diganti ngan Fer (QPR)…harap2 ada pulangannya.

Aku kini di kedudukan no 17 drpd 30…huhu….aku bawah Amir Zakuan lak tuh(no.16), Izral(no.12) & Hafiz(no.2)

Categories: Fantasy BPL Tags: