Archive

Archive for the ‘Movie’ Category

Millitary Academy(kein bund) movie germany

December 26, 2011 Leave a comment

Image Terlayan movie nie kat Astro Citra dah nak ujung2.Tau2 cam lawaklak. Paling terkezut bila part last diorg ramai2 ada nyanyi satu lagu yg cam pernah kudengar melodinya sebelum ini…tapi di mana ya.Puas diimbas2 lagu milik siapakah yg diorg nyanyi nie. Last2 bini aku dapat trace milik siapa empunya lagu…ha…ce teka ce teka? Dhalan Zainudin? oh bukan2….dia penyanyi pompuan….err…francesca peter? pun bukan….tau2 milik endang s taurina…..

link sinopsis dll berkaitan http://www.sevenoneinternational.com/fiction/movies/comedy/military_academy.php

Advertisements
Categories: Hiburan, Movie

Imuda tidak lagi sunyi

April 1, 2010 Leave a comment

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

imuda

aku ada dlm ini gambar

TANGGAL 20 Februari lalu, pelakon, pelawak dan pelukis terkenal, Imuda menamatkan zaman duda yang dipegangnya selama tujuh tahun apabila selamat diijabkabulkan dengan Zabarina Hajar Mushadi Ali, 28, di Pulau Pinang.

Empat tahun mengenali hati budi masing-masing, Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda, 50, dan Zabarina mula berkawan rapat tatkala selebriti itu mengadakan persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bertambah rasa syukur, pernikahan antara mereka berdua disambut baik dan diterima oleh dua anak Imuda iaitu Raihana, 15, dan Mohd. Redza, 8, hasil perkahwinan pertamanya dahulu.

Kini, selepas sebulan melayari bahtera perkahwinan, Imuda mengakui bahawa hidupnya kembali bersinar selepas tujuh tahun sendirian tanpa sokongan wanita bernama isteri.

“Saya sudah tidak sunyi lagi. Ini adalah jodoh yang Allah kurniakan dan berikan kepada saya. Alhamdulillah, hidup saya sudah tidak seperti dahulu lagi,” begitu ujar Imuda saat ditemui Hits di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sempena Program Merakyatkan Filem, baru-baru ini.

Bersempena dengan program itu, Coliseum menayangkan semula sebuah filem lakonan Imuda sekitar 1990 berjudul Mat Som arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan.

Turut sama hadir menyaksikan Mat Som adalah pelakon komedi veteran popular, Zami Ismail dan Ahmad Busu.

Selain Imuda, Zami dan Ahmad Busu, Mat Som turut dilakonkan oleh Tiara Jacquelina (kini Datin Seri) dan Adibah Amin.

Selepas Mat Som, Program Merakyatkan Filem bakal menayangkan filem Pemburu iaitu pada 24 April ini dan seterusnya Sayang Ibu (29 Mei) dan Gila-Gila Remaja (26 Jun) di panggung yang sama.

Mereka yang meminati koleksi filem Melayu bukan hanya disajikan dengan tayangan semula filem-filem berkenaan tetapi turut berpeluang beramah mesra bersama barisan pelakon-pelakonnya sempena program terbabit.

Menyambung perbualan, Imuda berkata, perkahwinannya bersama Zabarina adalah satu nikmat kurniaan Allah yang tidak diduga olehnya.

“Saya bersyukur. Dalam meniti usia 50 tahun, hidup saya kembali terisi. Selama tujuh tahun saya menduda. Tidak sangka pula diberikan rezeki bertemu jodoh,” jelasnya yang bercerai dengan bekas isterinya (kini arwah), Rozalina Rosli pada 2004 selepas mendirikan rumah tangga sekitar 1994.

Imuda dan Zabarina diijabkabulkan di Masjid Negeri, Pulau Pinang oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Timur Laut, Mansor Taib dambil disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Zabarina merupakan seorang Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu negara.

Pelawak yang cukup popular menerusi siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu serta 2 + 1, menikahi cinta hatinya itu dengan mas kahwin RM1,001 bersama RM22,222.22 sebagai wang hantaran berserta 9 berbalas 11 dulang hantaran.

Kenangan Mat Som

Pada Program Merakyatkan Filem itu, Imuda yang merupakan salah seorang pelakon filem Mat Som ketika diajak mengimbas kenangan membintangi filem itu mengakui, Mat Som sebuah filem yang menyimpan nostalgia yang bukan sedikit buatnya.

Masakan tidak, filem berkenaan merupakan filem pertama yang menggandingkan dia dan Tiara.

Filem kelapan lakonannya itu juga turut diingat sampai bila-bila apabila pertama kali diminta untuk berlakon tanpa misai.

Penggambaran filem berkenaan juga dilakukan sekitar Bangi, Kajang dan Dengkil.

“Penggambaran membabitkan babak dalam kapal korek itu adalah di Dengkil. Tentu penonton ingat ia dilakukan di tempat lain.

“Banyak kenangan lain. Naik bas mini dan babak hujan adalah menggunakan khidmat semburan air oleh bomba,” katanya sambil ketawa besar mengenangkan pengalaman di lokasi filem itu.

Jelas Imuda, Mat Som juga mengingatkannya kembali kepada Panggung Coliseum kerana kawasan sekeliling panggung tersebut turut menjadi lokasi penggambaran.

“Di hadapan Coliseum inilah saya melakonkan babak menunggu kekasih dalam keadaan yang dibantu dengan hujan buatan.

“Waktu itu lebih kurang pukul 5 petang. Ada dua jentera bomba digunakan untuk menyembur air untuk hujan,” ujarnya.

Categories: Hiburan, Movie

Mat Som…Huhu…

March 23, 2010 2 comments

Sedang aku asyik dok refresh2 ulang dalam fesBuk tiba2 ada satu pikcas poster filem Mat Som yg sememangnya dah lama aku mencari vcdnya.Nak wat apa cari vcdnya? Oi!Aku nak tengokla.Sudah lama aku mencari.Dok terbelek2 kat kedai vcd mana tahu ada jumpa….tapi cari punya cari X berjumpa-jumpa jugak.

Ini pilem dipetik daripada kartun karya kartunis Datuk Lat.Aku memang suka cerita ni.Tetambah Imuda lak jadi Mat Somnya.Kalu X silap pilem ni dibuat hampir kelihatan sama seperti yg komik Lat garapkan tuh.Adui….tapi tula…tarikh tayangan di Colesium tu bertindih lak ngan ari aku nak ke Johor.Huhu…Bini aku nak pegi tengok dak Dana Bukit Tinggi tu kawin kat Pontian.Hadoiyai…X sukanya aku…..Hurmmm…..:(

Categories: Movie

Transformers : Revenge of the fallen

July 11, 2009 1 comment

trans4mers

Yearghhh…filem blockbuster yang dinanti2kan.Nak tahu apa cerita selanjutnya ngan robot2 baik Autobots mahupun Decepticon bilamana dah tinggal kat bomi nih.Punyalah teruja dan diuja2. Zulhairi & Normi kawan opis aku dah layan awal2 pilem ni.Diorg kata best.Tambah2 Normi ar.Dia kata Trans4mers kali ni ada watak Bumblebee nangis (aik ?robot nangis?keluar air mata banyak2?) cam lawak jer.Lagi ada watak robot tua(Huh?),Optimus mati(aiyo??)

Transform1

Dan aku dah P tengok ngan my wife pd ari Khamis bebaru nih. Memang cantik aku coti – amik bini kat Hukm pas makan trus masuk jam 5:45petng.Memang tak ramai org.Yelah wak2 hr kijo.dan the result of this filem is…..eh ? apa ni ? awat jadi lagu nih ? kenapa dan mengapa? tanya aku best ke tak ? ouchhhh…..kenapa aku rasa cam hampagas jer.Aku lebih suka filem Transformer yg mula2 dolu.

Transform3

Teruk ar pilem kali ni.Hancos2.Betoila kata Normi ada watak robot tua aka Jetfire.Siap pakai tongkat lagi.WTH.Pastu siap leh teleport gi Mesir.Hahaha….padahal engko tu leh trans4rm jadi kapal terbang dan besar lagi…hahaha..lawak2. Pastu pilem kali ni ngan angle kamera yg dok pusing2 macam gasing bagi beberapa scene sangatla menyakitkan hati.Lagi,pilem ni banyak adegan 18Sx – sngt seksual dan menganggu ketenteraman awam.Tak elok bagi budak2 tengok.

Daripada 5 bintang….
Aku cuma leh bagi 2tahik bintang jer.
Sangat-sangat mengecewakan.

Bilaku rujuk komen teman2 siber yg lain…ada yg suka dan ada yg tak suka.Aku rasa bg fanboy musti bunci filem adaptasi kartun 80an ni jadi sebegini rupa.Dahla ada sesetengah robot tak cantik langsung.Rupa hudoh tu wa takdela kisah sngt.Tapi kasila kemas sikit. Cam watak Starscream bila jadi bentuk robot…aiyo…sangatla bughuk benar.X macam Megatron.Badan mantop-Cung.Sian Starscream.Lagi watak yg twin tu gupa cam ala2 Gremlins…hek eleh…mender arrr.Watak Ar-C -robot female,huh?tak dikedepankan sangat.Arghhh…malas nak ulas lagi….letih.Lain org lain pandangan.Bagi aku cukupla tengok sekali.Harap ada pengarah lain yg leh amik wat semula Transformers ni dan modified balik benda2 yg org tak puas ati nih.Hehe.So,next …pilem apa lak aku nak layan ? 🙂

Categories: Hiburan, Movie

Geng : Pengembaraan Bermula

March 1, 2009 Leave a comment
Jom layan Geng

Jom layan Geng

Hari Jumaat baru2 ni…aku layan pilem anima-C ni D panggung ngan adik2,isteri dan mak aku….kami 7 org kesemuanya.Abah nak ikut gak…tapi tula…dia keje lak malam tu.Ui….leh tahan kartun nie…semua orang mau ikut…hebat2…dengar cerita ada nenek yg usia 80 thn pun nak layan animasi nih.Peminat Upin & ipin kata die.Melihat kepada sambutan org ramai terhadap pilem ni…fuh…gerenti boleh capai 10 juta….penuh ngan keluarga…tu yg syoknya….mak ayah bawa anak2….mahu pecah panggung ngan gelak ketawa diorang…haha…memang memikat betoi. Tambahan pula watak Upin & Ipin sudah dikenali ramai dlm Tv9. Namun dlm pilem ni cam ade kefokusan skit kpd watak Rajoo ngan Opet = makhluk misteri yg muncul di Kg Durian Runtuh. Upin & iPin cuma watak sampingan jer….tapi apa2pun layannnn….belum tengok? sila pergi tengok.

Categories: Movie Tags: