Archive

Archive for the ‘Sukan Tempatan’ Category

MSL 2012 : Perak 1 Ganu 0

January 11, 2012 Leave a comment

Permulaan yang positif.Ada live d tv1.3 mata.Okeyla tu biarpun menang hanya 1-0 jer.

Image

Di Stadium Perak, Ipoh, sentuhan pemain import turut menjulang Perak hasil jaringan tunggal daripada sepakan kencang kaki kanan Mithal Kubala pada minit ke-75 sejauh 25 meter sekali gus menewaskan juara Piala FA 2011, Terengganu.

Categories: Sukan Tempatan Tags:

Kami diludah -petikan BHarian

January 2, 2011 Leave a comment

Layanan buruk terhadap skuad Harimau Malaya bakar semangat

KUALA LUMPUR: “Kami diludah, dimaki hamun, digelar anjing, dipukul dan dibaling objek keras dan dilayan buruk tetapi itu sebenarnya yang membakar semangat pemain negara untuk menang dan mencipta sejarah negara,” kata Datuk Subahan Kamal.Pengurus pasukan bola sepak Malaysia itu berkata, pemain negara terpaksa diberikan motivasi berterusan setiap hari untuk menangani tekanan itu dan sentiasa diingatkan supaya berpegang pada prinsip ‘biar muntah darah, kita akan bawa pulang piala ini’.

Ketika mendedahkan tekanan dan formula kejayaan negara merangkul Piala Suzuki AFF buat julung kalinya, Subahan berkata, semua tindakan provokasi itu sebenarnya ‘terkena ke muka sendiri’ pasukan lawan.

“Banyak sejarah berlaku. Kita bawa pulang piala selepas 14 tahun, kita catat sejarah naik kereta perisai Baracuda ke stadium, umpama ke medan perang. Belum pernah dalam sejarah bola sepak dunia pasukan bola sepak naik kereta perisai.

“Bayangkan betapa panasnya berada di dalam Baracuda selama setengah jam sebab kenderaan perang tidak ada penghawa dingin. Itu semua dugaan yang menguatkan lagi semangat pemain untuk buktikan bahawa kita boleh menjadi juara walaupun menghadapi pelbagai tekanan,” katanya.

Tidak cukup dengan layanan teruk, Ketua Jurulatih, K Rajagobal sendiri diludah peminat Indonesia ketika keluar dari hotel penginapan bahkan, Subahan turut dipukul di kepalanya manakala pegawai perubatan dibaling objek keras ketika sesi latihan.
Rajagobal sendiri mengakui terkejut apabila dimaklumkan pasukan negara akan menaiki Baracuda kerana cuma dimaklumkan beberapa minit sebelum berlepas ke stadium.

“Saya langsung tidak menyangka sehingga ke tahap itu dan cuma dimaklumkan apabila turun ke lobi hotel dan berkumpul di sana. Kita anggap Baracuda itu macam burung Garuda. Saya sendiri tak pernah naik kereta perisai, ini pengalaman baru.

“Mungkin masa kecil dulu ibu saya pernah belikan kereta perisai mainan, tetapi sekarang sudah ada peluang dan pengalaman sendiri bagaimana rasanya duduk di dalam Baracuda,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tekanan ke atas pasukan negara, Subahan berkata, semua masalah itu bermula sebaik saja pasukan negara tiba di Jakarta apabila bas pasukan langsung tidak diiringi polis pengiring sepanjang perjalanan ke hotel.

Situasi itu jauh berbeza ketika pasukan Garuda itu tiba di Malaysia di mana mereka diiringi polis dan menginap di hotel lima bintang di Seri Kembangan pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil.

“Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan. Mereka bawa ke tempat lain dan ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan tempat itu jauhnya dua jam perjalanan.

“Saya terus batalkan latihan di sana dan arah bas berpatah balik ke hotel dan kami buat latihan ringan di tepi kolam renang.

“Itupun masih berisiko kerana kawalan keselamatan sangat teruk. Mereka biarkan penyokong Indonesia bebas keluar masuk hotel dan menghampiri tempat latihan,” katanya.

Apa yang paling menyentuh hatinya ialah kesungguhan, keikhlasan pemain untuk menaikkan nama negara melalui beberapa sesi dialog yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain meluahkan perasaan dan tekanan.

Setiap kali sesi dialog, pemain akan diberikan motivasi berterusan supaya melupakan segala ancaman dan provokasi yang bertujuan melemahkan semangat pemain.

“Ada pemain yang menangis kerana kecewa kita kalah 1-5 dalam perlawanan pertama menentang Indonesia. Rasa kecewa itulah yang membakar semangat mereka, apatah lagi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah juga hadir dalam sesi dialog bersama pemain.

“Sebenarnya kami yakin bergelar juara apabila menang ke atas juara bertahan Vietnam kerana itulah pencabar paling kuat. Indonesia tidak sekuat Vietnam, sebab itu kita yakin boleh menang. Cuma perlu ikut percaturan dan kuatkan mental pemain,” katanya.

Secara peribadi, Subahan menganggap kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu yang jatuh pada tarikh hari lahirnya sebagai hadiah paling berharga dan kenangan paling manis.

Katanya, ikatan persaudaraan berlandaskan semangat kekeluargaan Malaysia Boleh adalah antara faktor penentu kejayaan pasukan.

“Pemain datang dari pelbagai latar belakang berbeza, tetapi boleh hidup bersama. Itulah konsep 1Malaysia, mereka mencontohi bagaimana barisan jurulatih dibentuk dan bekerjasama berteraskan konsep satu keluarga.

“Gabungan Rajagobal, Tan Cheng Hoe (penolong jurulatih) dan Mohd Faozi Mukhlas (jurulatih penjaga gol) itu melambangkan 1Malaysia. Ditambah pula sokongan padu Tengku Abdullah (Timbalan Presiden FAM) yang kerap datang ke tempat latihan dan hadir semua perlawanan hingga pada peringkat akhir,” katanya.

Categories: Sukan Tempatan

Safee Sali terhangat di pasaran

January 2, 2011 Leave a comment

Dipetik drpd akhbar Kosmo dan Utusan on9
KUALA LUMPUR – Kecemerlangan penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 membuatkan pemain itu kini menjadi rebutan sebuah kelab bola sepak Vietnam dan 3 kelab terkemuka Indonesia.

Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Hamidin berkata, 4 kelab tersebut telah pun menghubungi beliau untuk mengadakan perbincangan berhubung hasrat mahu mendapatkan pemain tersebut secara kontrak dari Selangor dengan apa jua nilai sekalipun.

Safee X mahu dabik dada
PERSIS legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Itulah gambaran yang dapat diberikan ketika melihat aksi penyerang negara Mohd. Safee Mohd. Sali pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010.

Safee, 26, menjadi wira baru dalam arena bola sepak dan memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kembali berasa bangga dengan pasukan kebangsaan yang satu ketika dahulu antara yang digeruni di rantau ini.

“Saya berasa sangat bangga sekiranya ada yang menyamakan saya dengan Allahyarham Mokhtar. Itu adalah impian setiap pemain bola sepak untuk mencapai tahap seperti dia.

“Tapi bagi saya tahap permainan saya masih belum layak untuk disamakan dengan beliau. Mokhtar Dahari berada dalam kelas dan tahapnya tersendiri,” katanya.

Safee yang sudah berkeluarga dan mempunyai seorang puteri berusia dua tahun mula beraksi dalam saingan Liga Super seawal usia 19 tahun pada tahun 2003. Ketika itu dia beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur sehingga tahun 2004.

Dia sudah mula menunjukkan ‘belangnya’ apabila menjaringkan 11 gol dalam saingan Liga Perdana, sekali gus meletakkannya di tempat kedua di belakang Azman Adnan dalam senarai penjaring terbanyak di kalangan pemain tempatan.

Kemudian dia menyertai Sarawak selama semusim pada 2006 dan menyarung jersi Selangor bermula musim 2007 sehingga kini.

Categories: Sukan Tempatan

Malaysia Juara Piala Aff Suzuki 2010 setelah 14 tahun menanti.

December 31, 2010 Leave a comment

Syukur AlHamDuLiLLaH!!!!Penutup tirai bagi tahun 2010 dimaniskan dengan kejayaan pasukan bolasepak kebangsaan kita bilamana wat pertama kali setelah 14 tahun menanti akhirnya….kita berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki(sebelum ni disebut Piala Tiger) utk tahun ini.Memang cukup puas hati bila melihat kejayaan ini tambah2 pula cara kita di layan di sana sangat2 menyakitkan hati.

Tahniah utk semua yg terbabit dalam membentuk skuad kebangsaan bolasepak kita kali ni.Cayalah!

Gua memang saspek lu lah…….

Untuk Rekod(dipetik dari Wikipidea) :
From 2004, the knockout stage is played over two legs on a home-and-away format with no away goals rule. However, it was put in effect starting with the 2010 edition.

1996 -THAILAND
1998 – SINGAPORE
2000 – THAILAND
2002 – THAILAND
2004 – SINGAPORE
2007 – SINGAPORE
2008 -VIETNAM
2010 – MALAYSIA

MALAYSIA BOLEH!MALAYSIA BOLEH!MALAYSIA BOLEH!

Piala malaysia result 14/09/10

September 14, 2010 Leave a comment

Johor FC 1 – 1 Kedah
Perak 2 – 2 ATM FC
KL PLUS 0 – 1 PKNS

Selangor 3 – 1 Terengganu PBDKT T-Team

Selangor player sedang diasak

Terengganu 1 – 3 Pahang

Player Ganu sedang di asak pemain Pahang

Kelantan 0 – 1 Negeri Sembilan
Kuala Lumpur 0 – 0 Sabah
Perlis 3 – 2 Felda United FC

***Pic diambil dari Kosmo on9.Maaf dipinta.

Categories: Sukan Tempatan

Final Piala Malaysia edisi ke 83 – N9 3 – Kelantan 1

November 8, 2009 Leave a comment

Malam Ahad gua melayan game ni kat TV. Persembahan pasukan Kelantan adalah hambar. Yang jelas menguasai game adalah N9. Permainan tersusun pun N9. So,memang selayaknya N9 yg patut kucup piala tersebut. Kelantan harap sorakan penyokong yg sebegitu ramai jela. Wathal pun deypa gak. Memang kecoh tol. Tak pernah rasanya dalam memana final Piala Malaysia selama ni ada penyokong wat hal. Ni siap ada bakar2 krusi lak bagai…isyhlaa…..Sungguh memalukan. Leks arrr.

Baju kerja bola2

Ok-ok.Gol jaringan pertama datangnya drpd kesilapan pertahanan Kelantan utk mengeluarkan bola terus dicapai Shahurain Abu Samat(m17) dan merembat kencang cantik menerjah jaring di sudut kira gawang. X tercapai dek GK Kelantan Halim Napi. Gol kedua berlaku dalam separuh masa kedua di mana Hairuidin Omar tanpa kawalan menanduk masuk (m46) lalu masuk. Gol ketiga m56 pula adalah hasil sepakan penalti yg diambil oleh Zaquan Adha Radzak. Sementara gol saguhati pula adalah sumbangan drpd kapten IndraPutra Mahyudin yg mengambil sepakan percuma drpd luar kotak penalti dan masuk cantik disudut kanan gol tanpa dapat digapai oleh keeper N9.

Tahniah N9. Korang main ada cantik juga biarpun hujan mencurah2 turun. Xdela lebat sngt rasanya.Kira okey ar.

Categories: Sukan Tempatan

Selangor Juara Liga Super 2009

July 27, 2009 Leave a comment

Selangor Juara

Tahniah RED GIANT. Kalo tahun lepas team Hijau Kuning,tahun ni team Merah Kuning pulak mengunggulinya. Layan game akhir diorang kat rumah bapak mertuaku di Jengka. Perghhh!! Banyaknya gol. Teruk Pahang diorang kerjakan di Stadium Shah Alam. 5-1 tuuuu. Ikutkan leh dapat banyak lagi. Seronok tengok muka menteri besar Selangor ada bersama2 ngan team ni masa pemberian piala kepada semua para pemain. Namun begitu tiada pikcas belaiu dlm memana keluaran akhbar perdana. Very sad.

Categories: Sukan Tempatan