Archive

Archive for January, 2011

Isteriku dibenar ‘homeleave’ smlm…..

January 31, 2011 Leave a comment

Bukan men seronok lagi suara is3ku dihujung talian.Iezah dibenar pulang seminggu sempena coti raya cina nih.Beliau akan pulang semula ke spital pada ari Ahad .OK la tu..Wahaha…Makanya tghr smlm aku pun menjemput beliau d spital.Gumbira X terkata iezah dapat jenguk dunia luar.Aku pun tumpang bahgia koz ada teman d rumah. 🙂

Categories: Aku @Min

D hr ulgthn kelahiran bini aku yg ke 33

January 6, 2011 Leave a comment

Ouch! Selamat hari lahir sayang…..Sebaya kita…hehe….

Pada tarikh ini….hujan X berenti pagi hari.Gi keroje huru hara cam biasa ngan motor dalam kebasahan(tp wa pakey baju hujan la satu set).Sampey opis jam 8:11am(Cayalah!).Lepas ketok P cari selipar kat 7E.Sib bek ade.

Tghr : lepas makan ayam panggang kat opis(order ngan Sue),aku amik keputusan p masjid kuning yg tersergam indah cam biasa utk solat the Zohor.Letak kasut(pemberian Ayon) kat rak kasut secara berasingan….tahu2 lepas turun drpd solat Zohor….eh? tarak….puas aku cari sudut lain ngan sudut tadi.Kompem…sah Xde.Telahan tambah kuat bilamana ada 2 org abang pun mencari kasut@sliparnye hilang.Arghhhhh….X pepasal aku kena p cari kasut baru kat Pj Old town.Masuk balik opis lmbt…lebih kurang dlm jam 2.30pm.Ces!

Malam : Iezah ajak p makan d AyuTayha kat Wangsa Maju berhadapan ngan Care4.Wah…layanan kelas gitu.Kereta kelisa aku yg kecik+X basuh telah dilayan dngn segala hormatnya oleh pekerja d sana.Siap bukakkan pintu lagi.Aduh…rasa cam D hargai jer.

Categories: Aku @Min

Kami diludah -petikan BHarian

January 2, 2011 Leave a comment

Layanan buruk terhadap skuad Harimau Malaya bakar semangat

KUALA LUMPUR: “Kami diludah, dimaki hamun, digelar anjing, dipukul dan dibaling objek keras dan dilayan buruk tetapi itu sebenarnya yang membakar semangat pemain negara untuk menang dan mencipta sejarah negara,” kata Datuk Subahan Kamal.Pengurus pasukan bola sepak Malaysia itu berkata, pemain negara terpaksa diberikan motivasi berterusan setiap hari untuk menangani tekanan itu dan sentiasa diingatkan supaya berpegang pada prinsip ‘biar muntah darah, kita akan bawa pulang piala ini’.

Ketika mendedahkan tekanan dan formula kejayaan negara merangkul Piala Suzuki AFF buat julung kalinya, Subahan berkata, semua tindakan provokasi itu sebenarnya ‘terkena ke muka sendiri’ pasukan lawan.

“Banyak sejarah berlaku. Kita bawa pulang piala selepas 14 tahun, kita catat sejarah naik kereta perisai Baracuda ke stadium, umpama ke medan perang. Belum pernah dalam sejarah bola sepak dunia pasukan bola sepak naik kereta perisai.

“Bayangkan betapa panasnya berada di dalam Baracuda selama setengah jam sebab kenderaan perang tidak ada penghawa dingin. Itu semua dugaan yang menguatkan lagi semangat pemain untuk buktikan bahawa kita boleh menjadi juara walaupun menghadapi pelbagai tekanan,” katanya.

Tidak cukup dengan layanan teruk, Ketua Jurulatih, K Rajagobal sendiri diludah peminat Indonesia ketika keluar dari hotel penginapan bahkan, Subahan turut dipukul di kepalanya manakala pegawai perubatan dibaling objek keras ketika sesi latihan.
Rajagobal sendiri mengakui terkejut apabila dimaklumkan pasukan negara akan menaiki Baracuda kerana cuma dimaklumkan beberapa minit sebelum berlepas ke stadium.

“Saya langsung tidak menyangka sehingga ke tahap itu dan cuma dimaklumkan apabila turun ke lobi hotel dan berkumpul di sana. Kita anggap Baracuda itu macam burung Garuda. Saya sendiri tak pernah naik kereta perisai, ini pengalaman baru.

“Mungkin masa kecil dulu ibu saya pernah belikan kereta perisai mainan, tetapi sekarang sudah ada peluang dan pengalaman sendiri bagaimana rasanya duduk di dalam Baracuda,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tekanan ke atas pasukan negara, Subahan berkata, semua masalah itu bermula sebaik saja pasukan negara tiba di Jakarta apabila bas pasukan langsung tidak diiringi polis pengiring sepanjang perjalanan ke hotel.

Situasi itu jauh berbeza ketika pasukan Garuda itu tiba di Malaysia di mana mereka diiringi polis dan menginap di hotel lima bintang di Seri Kembangan pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil.

“Sepatutnya kita dapat peluang untuk latihan akhir di stadium Gelora Bung Karno, tetapi dibatalkan atas alasan keselamatan. Mereka bawa ke tempat lain dan ketika dalam perjalanan, saya dimaklumkan tempat itu jauhnya dua jam perjalanan.

“Saya terus batalkan latihan di sana dan arah bas berpatah balik ke hotel dan kami buat latihan ringan di tepi kolam renang.

“Itupun masih berisiko kerana kawalan keselamatan sangat teruk. Mereka biarkan penyokong Indonesia bebas keluar masuk hotel dan menghampiri tempat latihan,” katanya.

Apa yang paling menyentuh hatinya ialah kesungguhan, keikhlasan pemain untuk menaikkan nama negara melalui beberapa sesi dialog yang diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain meluahkan perasaan dan tekanan.

Setiap kali sesi dialog, pemain akan diberikan motivasi berterusan supaya melupakan segala ancaman dan provokasi yang bertujuan melemahkan semangat pemain.

“Ada pemain yang menangis kerana kecewa kita kalah 1-5 dalam perlawanan pertama menentang Indonesia. Rasa kecewa itulah yang membakar semangat mereka, apatah lagi Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah juga hadir dalam sesi dialog bersama pemain.

“Sebenarnya kami yakin bergelar juara apabila menang ke atas juara bertahan Vietnam kerana itulah pencabar paling kuat. Indonesia tidak sekuat Vietnam, sebab itu kita yakin boleh menang. Cuma perlu ikut percaturan dan kuatkan mental pemain,” katanya.

Secara peribadi, Subahan menganggap kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu yang jatuh pada tarikh hari lahirnya sebagai hadiah paling berharga dan kenangan paling manis.

Katanya, ikatan persaudaraan berlandaskan semangat kekeluargaan Malaysia Boleh adalah antara faktor penentu kejayaan pasukan.

“Pemain datang dari pelbagai latar belakang berbeza, tetapi boleh hidup bersama. Itulah konsep 1Malaysia, mereka mencontohi bagaimana barisan jurulatih dibentuk dan bekerjasama berteraskan konsep satu keluarga.

“Gabungan Rajagobal, Tan Cheng Hoe (penolong jurulatih) dan Mohd Faozi Mukhlas (jurulatih penjaga gol) itu melambangkan 1Malaysia. Ditambah pula sokongan padu Tengku Abdullah (Timbalan Presiden FAM) yang kerap datang ke tempat latihan dan hadir semua perlawanan hingga pada peringkat akhir,” katanya.

Categories: Sukan Tempatan

Safee Sali terhangat di pasaran

January 2, 2011 Leave a comment

Dipetik drpd akhbar Kosmo dan Utusan on9
KUALA LUMPUR – Kecemerlangan penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 membuatkan pemain itu kini menjadi rebutan sebuah kelab bola sepak Vietnam dan 3 kelab terkemuka Indonesia.

Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Hamidin berkata, 4 kelab tersebut telah pun menghubungi beliau untuk mengadakan perbincangan berhubung hasrat mahu mendapatkan pemain tersebut secara kontrak dari Selangor dengan apa jua nilai sekalipun.

Safee X mahu dabik dada
PERSIS legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Itulah gambaran yang dapat diberikan ketika melihat aksi penyerang negara Mohd. Safee Mohd. Sali pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010.

Safee, 26, menjadi wira baru dalam arena bola sepak dan memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kembali berasa bangga dengan pasukan kebangsaan yang satu ketika dahulu antara yang digeruni di rantau ini.

“Saya berasa sangat bangga sekiranya ada yang menyamakan saya dengan Allahyarham Mokhtar. Itu adalah impian setiap pemain bola sepak untuk mencapai tahap seperti dia.

“Tapi bagi saya tahap permainan saya masih belum layak untuk disamakan dengan beliau. Mokhtar Dahari berada dalam kelas dan tahapnya tersendiri,” katanya.

Safee yang sudah berkeluarga dan mempunyai seorang puteri berusia dua tahun mula beraksi dalam saingan Liga Super seawal usia 19 tahun pada tahun 2003. Ketika itu dia beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur sehingga tahun 2004.

Dia sudah mula menunjukkan ‘belangnya’ apabila menjaringkan 11 gol dalam saingan Liga Perdana, sekali gus meletakkannya di tempat kedua di belakang Azman Adnan dalam senarai penjaring terbanyak di kalangan pemain tempatan.

Kemudian dia menyertai Sarawak selama semusim pada 2006 dan menyarung jersi Selangor bermula musim 2007 sehingga kini.

Categories: Sukan Tempatan