Archive

Archive for January, 2012

Mencari lagu Kuala Lumpur

January 20, 2012 Leave a comment

Yearghhh….bila asyik melayan lagu kump Hujan ngan lagu Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur…tiba2 ingatanku kembali mengingati satu video yg sering ditygkn oleh rtm masa2 santai sebuah cerita seorg pemuda dr desa turun ke KL mencari rezeki….uisyhhh….puasku cari kat yutiub….tiada video tersebut dan bila gugel2…rupa2nya sudah ada 2 org penyanyi yg menyanyikan lagu ni….1st Malek Redzuan…kedua Adam Ahmad.

Ni antara komen2 yg membuatkan aku tersenyum dlm yutiub d setiap title kuala lumpur oh kuala lumpur :-

Teringat promo lagi ni kat TV..sorang mamat tu tinggal 30 sen jer bila tiba kat KL…..nostalgia betul lagu ni.-gcloudweb

teringat masa zaman kecik2 tahun 80an dulu..zaman bas mini tgh jadi raja di jalanraya…slalu tgk kat tv klip video lagu ni.syahdunya bila teringat2 balik..mmg kenangan betul la…kl mmg best masa ni..

kesesakan jalan pun kurang..

kadar jenayah pun minima..

yang paling best ..PATI pun xde masa ni…..KL x mcm dulu dah ;( –MrAdminPP

Teringat aku mase kecik2 kawan aku ajak pgi pasar chow kit naik bas mini nom. 35 dari jalan bangsar sekitar tahun 92 mase tuh aku darjah 4 bru lah kenal aper tuh chow kit asal naik bas mini mesti dgr lagu nih…huhu nostalgia gila lagu nih..-MrJuanRmata 

berdiri bulu roma aku dengar lagu ni..terkenangkan liku-liku hidup di kuala lumpur suatu ketika dulu. byk meninggalkan memori padaku…kota yang menyimpan seribu cerita..pada diri ini…kuala lumpur membawa aku mengenal dosa dan pahala..-almoza13feb 

tu zaman bas mini tunggu org, bukan sebaliknya. dan bas mini boleh naik atas divider ala jeep. oh nostalgia !-zzzxtreme 

rindu btul nk tgk video klip lagu ni, best sbb watak die rajin bkeje, keluar awal pg,

y aku ingat die keje kat kedai makan, dl, mase tgk vclip ni aku terbayang life pakcik2 aku kat KL. Sbb utamanya, rambut dorang same dengan rambut watak tu…-zikr1

dah jadi lubuk setan dh KL skrg..sayang…PAK ITAM BLACK MONEY ADA,INDON,BANGLA,VIETNAM,MYANM­AR,KEMBOJA,DAN SEGALA MCM PATI DH MENGUASAI KL SEKARANG!-fazette77 

ye lah ingat lagi promo kt RTM, mamat tu kerja cuci kereta…..bas mini lalu lalang, teksi hitam kuning………….. tunjuk bangunan Dayabumi…..eminzide 

Categories: Uncategorized

MSL 2012 : Perak 1 Ganu 0

January 11, 2012 Leave a comment

Permulaan yang positif.Ada live d tv1.3 mata.Okeyla tu biarpun menang hanya 1-0 jer.

Image

Di Stadium Perak, Ipoh, sentuhan pemain import turut menjulang Perak hasil jaringan tunggal daripada sepakan kencang kaki kanan Mithal Kubala pada minit ke-75 sejauh 25 meter sekali gus menewaskan juara Piala FA 2011, Terengganu.

Categories: Sukan Tempatan Tags:

The SLR Camera Simulator

January 9, 2012 Leave a comment

1 website yg boleh kita acu terai test amik gambo(xyah guna kamera kiter)….

Ini linknya….http://camerasim.com/camera-simulator/

Categories: Fotografi, Uncategorized Tags:

Osbon berbaloi keno kutuk

January 3, 2012 Leave a comment

Juara Maharaja Lawak Mega > OSBON

Image

JUARA Maharaja Lawak Mega (MLM), kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon berasa berbaloi menerima banyak kritikan daripada para pengkritik pertandingan itu apabila di penghujungnya, mereka meraih hadiah wang tunai RM350,000 dan trofi.

Menurut Os atau Mohd. Yusof Abdul Hamid, 50, dia dan Abon tidak pernah berkecil hati dengan segala kritikan dan kutukan itu, malah menerimanya dengan positif serta hati yang terbuka demi meneruskan saingan dalam pertandingan tersebut.

“Kami terima segala kritikan itu dengan hati ikhlas. Contohnya apabila Zainal Abidin Hassan yang mengkritik kami dengan cara memberikan kad merah. Saya tidak kecil hati. Bukan setakat para pengkritik, Abon sendiri bantai saya juga, tetapi saya tidak kisah.

“Bagi saya para pengkritik seperti cikgu yang mengajar sesuatu subjek di mana kalau kita melawan mereka, maka keputusan peperiksaan nanti mungkin boleh kantoi (gagal). Saya sudah biasa kena kritik termasuklah dalam filem-filem lakonan saya sebelum ini,” katanya.

Dengan kemenangan itu, Osbon mengetepikan saingan terdekat mereka iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik yang muncul naib juara dengan mendapat hadiah wang tunai RM250,000.

Abon atau Sharizan Ahmad, 51, juga tidak menafikan kritikan serta kutukan yang dilemparkan kepadanya di mana pada masa sama dia menerima dengan reda, biarpun ia datangnya daripada pengkritik yang bukan daripada kalangan pelakon atau pelawak.

“Sewaktu tiga minggu pertama MLM semasa dikritik saya berasa terpinga-pinga kerana orang yang mengkritik kami itu bukannya pelawak. Datuk Chef Wan misalnya adalah seorang tukang masak dan begitu juga Zainal Abidin Hassan adalah pemain bola sepak.

“Jadi apabila dikritik sebegitu rupa, saya tidak patah semangat. Saya semakin bersemangat dan mahu membuktikan kritikan itu juga harus dilawan. Kami harus membuktikan bakat sebenar kami dan menganggap ini adalah pentas sebenar kami sebagai pelawak.

“Ia bukan main-main atau cubaan dan kami telah membuktikan ketahanan kami sebagai peserta MLM. Sepanjang 10 minggu menyertai pertandingan itu, kami tidak pernah membantah atau melawan juri yang telah mengkritik kami. Kami menghormati mereka,” ujarnya.

MLM yang memberikan markahnya sebanyak 70 markah daripada para pengkritik dan 30 markah lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas penonton itu menyaksikan Osbon mendapat 31.1 markah, Boboi (29.3 markah), Saehu (22 markah) dan Syok (17.5 markah).

Sewaktu ditanya apakah yang akan digunakan pada wang hadiah kemenangan Osbon itu, Os berkata, dia akan menggunakannya bagi menambahbaik teksi miliknya selain bagi memenuhi keperluan anggota keluarganya.

“Saya bercadang mahu menggunakan duit kemenangan ini bagi menambahbaik teksi saya supaya ia kelihatan lebih solid dan menarik demi keselesaan penumpang.

“Ini kerana, saya seorang pemandu teksi dan saya akan meneruskan kerjaya itu seperti biasa.

“Saya tidak akan tukar teksi saya kerana keadaannya masih elok lagi, apatah lagi permit teksi saya hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan gunakan wang kemenangan ini bagi menyara keluarga. Anak-anak pula ramai, jadi kos sara hidup agak tinggi,” jelasnya.

Biarpun tewas kepada Osbon tetapi Afdlin Shauki, 40, yang mewakili Boboi akur dengan kemenangan pesaing terdekatnya itu pada pertandingan akhir MLM yang diwakili empat pengkritik iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Aaron Aziz.

Jelas Afdlin, dia tidak menafikan kekuatan lawak Osbon pada setiap minggu yang memberikan saingan sengit kepada Boboi, apatah lagi mereka pula adalah pelawak yang paling senior dalam MLM berbanding para peserta lain dalam pertandingan anjuran Astro Warna itu.

“Boboi bangga kerana tewas di tangan Osbon. Mereka memang layak menang. Sebagai pelakon dan pengarah, saya kagum dengan Osbon. Mungkin saya mengambil masa lagi tujuh tahun untuk menandingi bakat dan pengalaman mereka itu,” ungkapnya berterus terang.

-Petikan Utusan on9 tulisan ABD. AZIZ ITAR

Categories: Uncategorized