Archive

Archive for June, 2009

Speed/Time value

June 29, 2009 Leave a comment

S atau Tv ni ialah kelajuaan shutter bila release. biasanya nilai pada dslr boleh set pada kala 1/3 stop. kalau aperture tu nilai stop dia double ikut 1, 1.4, 2.0, 2.8 etc, shutter speed ni ganda 2 kali aje la. very straight forward. contohnya 1/50s boleh dapat 2x ganda cahaya berbanding 1/100s. antara kedua ni bezanya ialah 1 stop. kadang2 tu tak de la dia tulis nilai yg tepat, cuma lebih-kurang je terutamanya bila bacaan pada senggat 1/3 stop.

kesan ketara shutter speed ni ialah untuk membekukan gerakan. kalau shutter tu perlahan, gambar tu nampak macam goyang la. mungkin sebab subjek bergerak atau tangan kita bergegar. kalau tangan (kamera) gegar, kita boleh compensate sikit dengan stabilizer (IS, VR, AS, SS). kalau subjek bergerak, ubatnya hanya dengan naikkan shutter speed.

ini tidak bermaksud kita mesti guna shutter laju sepanjang masa. ada kala kita sengaja pakai shutter slow.

ni contoh kamera tak gegar tapi subjek bergerak. gambar ni memang saje nak kasi nampak effect motion tu. 1/5s.

Gambar1

bila ambik gambar motorsport pun kita guna shutter slow sambil kamera ikut greakan kereta. teknik ni dipanggil panning. kesannya ialah nampak effect kereta tu bergerak sebab background jadi lembut dan sport rim nampak pusing. kalau guna shutter laju, kang nampak cam kereta tu tengah parking kat tengah jalan. 1/160s panning.
Gambar2

ambik gambar air terjun dan sungai pun best guna shutter slow sebab nampak flow dia lembut. 1/2s.
Gambar3

ni contoh gambar yg memerlukan shutter laju agar dapat freeze gerakan air dan subjek utama (mamat naik kayak). 1/1250s.
Gambar4

biasanya kalau tak nak nampak gegar sebab tangan/kamera menggigil, shutter speed yg digunakan hendaklah sekurang2nya sama nilai dengan equivalent focal length. kalau focal length tu panjang, gegaran akan meningkat akibat kesan pembesaran imej.

contoh kalau guna lens 100mm pada kamera DX,

EFL= 100 x 1.5 =150
shutter speed = at least 1/150s.

kalau 100mm pada kamera 4/3,

EFL= 100 x 2 = 200
shutter speed = at least 1/200s.

ni anggaran aje la. kalau tangan tu stabil, pakai yg lagi slow pun x pe. image stabilization pun membantu untuk membolehkan gambar diambil pada speed yg lebih rendah. ada limit gak rule ni, jangan la pergi ambik gambar ultrawide 12mm guna speed 1/18s tanpa tripod plak.

pilihan shutter speed yg tepat membolehkan kita dapat cahaya yg mencukupi dan effect (motion atau freeze) yg dikehendaki.

Categories: Uncategorized

aperture memberikan beberapa kesan pada imej:

June 29, 2009 Leave a comment

http://bincang.net/forum/showthread.php?99825-Tentang-Lens-DSLR-101/page5

Tajuk topik Tentang Lens DSLR 101

1. jumlah cahaya yg masuk. bila aperture tu bukak luas, lagi berlambak la cahaya masuk. jadi untuk mendapatkan perfect exposure kita boleh gunakan shutter tinggi (kurangkan gegaran) dan ISO rendah (kurang noise).

2. mengawal depth of field (DoF) yakni julat fokus. bila aperture besar, DoF jadi sempit menyebabkan benda2 kat background tu tak mengganggu tumpuan terhadap subjek utama. cam gambar f2.0 kat page sebelah tu kan muka awek tu je yg dalam fokus, benda2 lain dlm frame tu dapat dikaburkan. selain apertue, DoF juga dikawal oleh jarak fokus dan magnification ratio.

3. kecacatan optik. sesetengah lens menampakkan kecacatan yg ketara pada aperture yg paling luas. contohnya ialah vignette (tepi frame jadi gelap), chromatic aberration (ada kaler magenta pada sempadan tone gelap dan cerah) dan soft image (tak sharp). untuk lens camni, ubatnya ialah kita kena gunakan aperture yg lebih kecil drp nilai maksimum. contohnya lens tamron 17-50mm f2.8 selalu nampak vignette pada f2.8 tapi bila guna f4 dah ok. pada aperture yg terlalu kecik pun imej jadi soft gak disebabkan kesan diffraction. ini lebih ketara pada kamera sensor kecil.

setiap lens mempunyai julat aperture yg memberikan imej paling tajam, ini dikenali sebagai “sweet aperture”. kebiasaannya julat ini adalah pada 2-4 stop daripada aperture paling luas. contohnya kalau lens tu f2.8, sweet aperture dia dalam f5.6-f11. ni contoh aje sebab sweet aperture ni bergantung pada design lens tetapi kita boleh lihat persamaan antara lens drp pengeluar yang sama. kalau nak beli lens, rujuk la apa sweet aperture lens jenis tu dulu.

soalan lazim- apesal nombor aperture ni pelik2 ie f2.0 la, f5.6 la?
nombor2 ni adalah nisbah luas bukaan lens kepada jarak. aperture dikira dalam unit “stop”. turutan nilai aperture adalah mengikut tambahan surd-2.

1.0 1.4 2.0 2.8 4.0 5.6 8 11 16 22 32 44 64

antara setiap nombor f di atas, bezanya ialah 2 kali ganda jumlah cahaya. contohnya f2.8 kasi 2x cahaya berbanding f4.0.

so kalau ko pakai kit lens f5.6 dan aku guna 50mm f2.0, aku boleh dapat 8x ganda cahaya. banyak kan?

Serra tambah
:
untuk kebanyakan lens zoom, aperture maksima berbeza di focal length yg berbeza. contohnya zoom 12-60mm f2.8-4. lens ni pada 12mm dia boleh bukak f2.8 tapi kat 60mm abis besar pun f4 je. zoom yg constant aperture seperti 70-200mm f2.8 ni bapokk la mahal.

secara umumnya kalau aperture luas ni bila ambik gambar tu cun sikit terutamanya bila malam. kalau nak harapkan flash aje, habis la background jadi hitam. 12x memang menarik tapi memang gerenti optical quality ada sikti kureng. even lens 10x dslr yg lagi besar tu pun boleh nampak flaw dalam gambar. but then it’s back to how picky you are. untuk suka2 aje, memang best dapat zoom 12x. kalau cerewet nak gambar tu cun, cari yg aperture besar atau dslr.

sebab nilai aperture bergantung pada luas bukaan yg mana formula dia phi * (radius)^2, bila luas aperture digandakan 2x , setiap nilai stop tu dibahagikan dengan “square root of 2” yaitu 1.414.

bermula dengan f/1 yg mana diameter bukaan lens sama nilai dengan jarak fokus. jika jarak fokus kekal, setiap kali luas bukaan tu berganda 2x, nilai f-stop tu ditingkatkan pada kadar 1.414. sebab nak kasi senang tulis, kita kata la 1.4 je.

1 x 1.414 =1.414 (f/1.4)
1.414 x 1.414 = 1.999 (f/2)
1.999 x 1.414 = 2.827 (f/2.8)
2.827 x 1.414 = 3.998 (f/4) …dan seterusnya.

itu la asal usul nombor2 pelik ni.

Categories: Fotografi

Tentang Dslr

June 29, 2009 Leave a comment

Petikan dari forum BDN
Komen Serra :
kelebihan utama 18-200mm ialah julat zoom dia luas yg mana boleh meliputi beberapa lens. guna satu lens aje boleh cover 18-200mm bermakna x yah tukar lens dan jimat ruang beg.

kelemahan dia
1. aperture tak leh bukak besar ie slow lens. lens bagus biasanya at f2.8 and below.
2. image quality tak sebagus 17-24 atau 50. detail dan contrast kurang tepat.
3. side effect yg biasa dapat kat lens murah- vignette, edge blur, chromatic aberration, slow AF, flare etc.

ramai orang x beli superzoom sebab kualiti imej tu tak mencukupi piawai peribadi masing2. personally aku pun lagi suka ada beberapa lens drp 1 superzoom atas faktor2 di atas.

focal length (18-200mm, 50mm etc) tu baru satu aspek dlm lens. banyak lagi aspek lain yg perlu di ambil kira- widest aperture, AF drive, closest focusing distance, ED element, MTF value (sharpness and contrast), colour bias, weatherseal, berat, ergonomics, harga, QA issue, edge-edge sharpness etc.

kebanyakan zoom yg lebih drp 3x biasanya mengalami beberapa kecacatan optik seperti complex distortion dan cuma dapat edge-to-edge sharpness hanya pada julat aperture tertentu (biasanya 2-3 stop drpd widest value). 18-200 tu dah lebih 10x, jadi dia punya cacat tu boleh bayangkan la camne.

lagi pun zoom ni biasanya soft bila kat widest focal length.

Ekzos Pipe :
Kalau kawin la, nak sedap especially indoor main wide la lawa, eg. 12-24mm, flash ble cover walaupun f3.5-4.5/5.6 punya lense. Kalau tak nak wide pun ramai pakai skrg ni 17/18-50mm f2.8.

Satu lagi kalau indoor nak main zoom2 jauh ni eg. kawin dalam dewan, flash mana sampai 200mm. So nak taknak kena pakai F constant 2.8 eg. 70-200 f2.8, kalau 18-200mm punya lense, nak main indoor, 150mm je f5.6 dah, 200mm – f6.3, so gambar samada gelap or shutter slow sangat smpi gambar blur, even ada VR/IS pon…. melainkan guna D3/1D full frame yg ble pukul ISO3200 and above, near flawless noise, ok la kot, tapi chormatic/distort punya masalah lak timbul – lense tak blah.

bottom line – pakai dua lense utk 2 kegunaan la..

Serra :
50mm memang ultimate la hahaha. ha, cuba la try pakai 50mm ambik kenduri, memang best. adik ipar aku bertunang baru ni aku pakai 50mm.tapi banyak gak benda yg 50mm x leh buat. tukar2 lens ni memang adat la bila pakai dslr. kalau malas tukar lens, guna la 2-3 body atau prosumer je terus.

keyser soze:

aku baru je buat beberapa job wedding sejak main camera ni dan ke SEMUA gambar aku amik pakai lens 50mm 1.8 sebab job wedding aku semua pakai 2 fotografer.. sorang lagi cover 18-135mm lens.. kalau rasa leceh tukar lens guna la 2 kamera atau 2 fotografer.. tapi kalau wedding memang lens 50mm 1.8 is a MUST!

yg menariknya lens 50mm 1.8 nih selain aperture besar, dia buat kau lagi “rajin” bergerak sebab kau kena guna kaki untuk zoom.. orang kata zoom kaki.. haha

Ekzos Pipe:

50mm ni sedap dia tang f1.8 tuh, kalau bedal sampai f1.8, kat focus point kita tuh je sharp yg lelain blur dan bokeh terussssss.. so fokus pada subject akan lagi kuat.

Cuma satu kelemahan/challange utk org baru(at least for me la, org lain tak tau plak) guna silap sket je, subjek lari, tang sharp tuh dah pegi ke tmpt lain, benda nk highlight dah mula blur.

Serra:

betul kata ekzos, nak mahir 50mm ni memang susah but will be very rewarding.

yg dimaksudkan 1.8 pebende tu ialah aperture value, biasa juga dibubuh sebagai f1.8 atau notation sebetulnya f/1.8. nombor yg lagi kecil bermakna bukaan aperture lens tu lagi luas. actually nombor tu nisbah focal length to aperture diameter.

bila guna aperture luas, cahaya banyak masuk tetapi julat imej yg difokus jadi sempit. itu yg dapat background blur (bokeh).

lens yg widest aperture dia luas ni mahal, terutamanya telephoto.

Ekzos Pipe :

tambah sket, zoom lense mcm 17-50mm selalunya paling besar dia bagi pun f2.8 sama gak mcm telefoto 70-200mm pun f2.8 – tapi ini lense constant aperture, ble dpt f2.8 at every focal length.. so lense mcm ni mahal le gamaknya.

kalau kit lense selalunya mcm 18-55mm tuh f3.5-f5.6, aperture tak constant. satu lagi contoh 70-300 ni f4-f5.6, yg tak constant so aperture tak berapa besar ni dan aperture tak constant selalunya murah sket…

Categories: Fotografi

Brazil Juara Piala Konfederasi ’09

June 29, 2009 Leave a comment

brazil412

OOoo yeah.Brazil jadi juara yeah.Tapi kali ni jalan ceritanya tidak mudah.Sesudah ketinggalan 0-2 di tangan Amerika, mereka memulakan separuh babak kedua ngan menghasilkan 3 gol utk menjadikan keputusan penamat ; Brazil 3 Amerika 2. Luiz Fabiano menjaringkan 2 gol pd minit ke 46 dan 73 sebelom ditamatkan ngan header yg cantik drpd Lucio m83 hasil sepakan penjuru oleh Elano yg membuatkan GK Us Tim Howard tak dapat menepisnya lalu masuk ke gawang dlm waktu2 kritikal yg menyaksikan Us hanya berpuas ati sebagai naib juara. Game yg dimainkan pada pukul 2.45pagi waktu Malaysia ni memang aku tak berdaya nak bangun menontonnya.So,hanya tngok dlm intenet result + espn supersport.
Brazil
– Kaka telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Piala Konfederasi 2009, sekali gus memenangi anugerah Bola Emas.
– Luis Fabiano pula menerima anugerah Kasut Emas selepas muncul penjaring terbanyak dengan lima gol
– Tim Howard(GK Amerika Syarikat) dipilih sebagai pemenang Sarung Tangan Emas berdasarkan aksi tangkasnya menjaga gawang Amerika.

USA 2 Sepanyol 0 (Piala Konfederasi)

June 25, 2009 Leave a comment

Habis Sepanyol out. Game memang aku tara tengok.Aku bukak laman soccernet tau2 result jd camgitu.Punyala hebat Spain dlm kump A dgn barisan pemain2 ternama seperti Torres,Villa,Fabregas dll…3 kali memang tanpa kalah..tup2 leh kalah ngan team bolasepak Us yg X berapa org nak highlight sngt…arghhh…i hate US.Tapi i2lah…..bak kata orang bola i2 bulat.Apa saja boleh berlaku. Kecewa fans yg ada utk melihat Spain ke final mayB berjumpa ngan Brazil…ouchhh…kuciwanya.

Gol US telah disumbangkan oleh Jozy Altidore (25) dan Clint Dempsey (73).

Nilai sebuah fotografi perkahwinan

June 23, 2009 1 comment

Petikan dr http://www.flickr.com/groups/fotografikr/discuss/72157614287788051/

Pada masa dahulu, semasa saya berada di sekolah rendah, saya tidak begitu percaya kepada caj-caj yang mahal untuk fotografi perkahwinan. Pada masa dahulu, sebilangan besar jurufoto perkahwinan adalah mereka yang terdiri daripada mereka yang berminat dengan fotografi, dan menjalankan perniagaan pada hujung minggu iaitu di majlis-majlis perkahwinan. Saya menganggap bahawa kerja jurufoto perkahwinan tidaklah terlalu sukar kerana hanya merakamkan foto-foto pengantin. Tapi dulupun caj yang dikenakan cuma RM200-300 sahaja..Namun, apabila dewasa, dan saya sendiri yang melakukan kerja-kerja fotografi perkahwinan, saya bertanya, mengapa ada juga jurufoto yang mengenakan caj yang terlalu murah, sehingga mengancam harga dan taraf fotografi perkahwinan tersebut.

Saya mungkin tidak kisah mengapa ada jurufoto yang berhabis ribuan ringgit hanya untuk membeli kamera dan lensa DSLR, mungkin mereka tertarik dengan hobi yang mahal ini. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semakin ramai orang yang berminat untuk menjelah hobi fotografi, tetapi apabila mereka masuk ke arena perniagaan fotografi lebih-lebih lagi bidang fotografi perkahwinan yang menyaksikan begitu ramai jurufoto yang ingin menjalankannya, taraf dan kualiti fotografi perkahwinan semakin rendah kembali. Saya amat bersetuju dengan kata-kata orang lama bahawa mereka telah menaikkan taraf fotografi perkahwinan, tetapi ada pula jurufoto sambilan atau hujung minggu yang merendahkannya kembali kerana inginkan pendapatan segera!

Perlu diingat, fotografi perkahwinan bukanlah tugas yang mudah. Persaingan yang begitu sengit pada hari ini telah memaksa mereka yang terlibat untuk menghasilkan foto-foto yang cantik, seni dan menarik perhatian. Maka foto-foto jurnalis, momen, posing dan sebagainya, telah dimasukkan di dalam setiap album perkahwinan. Untuk menghasilkan hasil fotografi yang terbaik, maka jurufoto perlu memiliki beberapa buah lensa di mana ia memerlukan sejumlah wang yang banyak. Caj yang dikenakan untuk fotografi perkahwinan bukanlah berdasarkan kepada roll semata-mata seperti suatu waktu dahulu, tetapi kepada penggunaan lensa yang berkualiti tinggi, kebijaksaaan mengambil ruang, penghasilan foto-foto yang cantik berdasarkan pengalaman, dan sebagainya. Jadi, apakah nilai sesebuah fotografi perkahwinan?

Sememangnya, jika diamati secara betul, fotografi perkahwinan yang biasa, tidak boleh dibawah RM1000 walaupun hasil-hasil foto disimpan di dalam album lekat. Harga yang dibayar ialah lebih kepada perahan otak untuk menghasilkan foto-foto yang cantik dan memenuhi keperluan momen, seni dan perlakuan komposisi foto. Sudut-sudut penggambaran juga perlu dititikberatkan dalam menghasilkan sesuatu foto. Ditambah pula dengan kemahuan seseorang jurufoto meredah jalanraya untuk sampai ke rumah pengantin. Ramai dikalangan pengantin yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa album adalah lebih penting. Jadi harga yang ditawarkan adalah sepatutnya rendah. Maka mereka mengambil pakej yang menawarkan album custom tanpa menghiraukan isi kandungan album tersebut. Perlu diingat bahawa album hanya tempat menyimpan foto, apa yang lebih penting ialah seni sesuatu foto yang dihasilkan. Seni fotografi itu yang seharusnya dibayar oleh para pengantin yang menggunakan perkhidmatan fotografi dan bukanlah album.

Harga yang ditawarkan tentulah mengikuti apa yang dapat diberikan oleh seseorang jurufoto. Tidak semestinya sesuatu yang mahal dibayar untuk hasil yang murah. Untuk itu, portfolio seseorang jurufoto adalah penilaian awal yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin. Daripada foto-foto yang terkandung di dalam portfolio tersebut, bakal pengantin boleh menilai samada mahu menggunakan perkhidmatan jurufoto tersebut ataupun tidak. Jika seseorang jurufoto tersebut menawarkan harga sehingga RM2000 tetapi foto-foto di dalam portfolionya adalah bercelaru, tentunya bakal pengantin akan mencari portfolio jurufoto lain. Pencarian tersebut adalah untuk mengenalpasti jurufoto yang boleh menghasilkan foto yang baik dengan harga yang sepadan.

Diharapkan agar jurufoto hujung minggu dan para bakal pengantin dapat melihat perkara ini dari sudut yang lebih positif. Fotografi perkahwinan bukanlah sesuatu yang murah. Jika ada penawaran terhadap fotografi yang terlalu murah, itu adalah satu bentuk penganiayaan terhadap industri fotografi perkahwinan, dan berkemungkinan bahawa nilai estetika fotografi murah itu adalah terlalu rendah dan tidak boleh diketegorikan sebagai fotografi perkahwinan tetapi lebih kepada fotografi kandid. Janganlah hanya mahu mendapatkan atau menawarkan sesuatu yang murah, tetapi pada akhirnya, berlaku penyesalan yang tidak mampu diulang atau diubati..Penyesalan pada hari tua adalah sia-sia kerana hari perkahwinan amatlah sukar untuk diulangi kembali.

Categories: Fotografi

itali 0 mesir 1

June 20, 2009 Leave a comment

Mesir piala konfederasi

Sumber : Kosmo on9

JOHANNESBURG – Mesir kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke separuh akhir Piala Konfe- derasi 2009 selepas menewaskan juara dunia, Itali 1-0 kelmarin.

Ia merupakan kejutan kedua yang dipamerkan juara Afrika itu selepas mereka turut mempamerkan kebangkitan sebelum tewas 3-4 kepada Brazil pada aksi pembukaan awal minggu ini.

Pada aksi Kumpulan B di Stadium Ellis Park kelmarin, Mohamed Homos muncul wira Mesir selepas dia menjaringkan gol tunggal pada minit ke-40 menerusi tandukan cantik hasil daripada satu sepakan sudut.

“Ini adalah keputusan yang luar biasa,” jelas jurulatih Mesir, Hassan Shehata.

“Kami sebenarnya bermain lebih baik ketika berdepan Brazil, namun hasilnya tidak memihak kepada kami.

“Begitupun, kami tidak berputus asa dan kali ini, kami telah buktikan dengan menewaskan Itali yang juga juara dunia.”

Dengan kemenangan itu, Mesir kini berkongsi kedudukan kedua bersama Itali dengan tiga mata ketika Brazil terus unggul selaku pendahulu dengan enam mata.

Namun, peluang Mesir untuk mara ke separuh akhir dilihat lebih cerah apabila mereka akan berdepan pasukan tercorot, Amerika Syarikat pada perlawanan terakhir Isnin ini, manakala Itali berdepan juara bertahan, Brazil. – Reuters
—————————————————————-
**Part paling aku suka part sujud syukur tuh.Semoga Mesir berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.Namun begitu terdapat beberapa kelemahan perlu diorg atasi segera jika ingin mara ke peringkat seterusnya.

Isteriku pulang seketika

June 20, 2009 Leave a comment

Izah ku edit atoiyai….punyala payah nak lepaskan bini aku balik jap dok kat rumah sementara nak guna alat yg diorng cadang nak bg pinjam tuh.Sian dia.Tensen je dok kat sana.Kalo akupun memang camtu ar.Dan semalam aku amik half day coz petng smlm br la dibenarkan pulang buat sementara waktu.Atoi.Leceh tul nak uruskan kuar dr spital nih.Nak gi sana nak gi sini.Karenah diorg lagi.Kata diorng nak gi amik ubat last2 aku jugak yg uruskan sendri.Amende arr.Cakap cam KP.

Categories: Uncategorized

Fotografi

June 17, 2009 Leave a comment

Aku melihat di sana di sini wah cantiknya gambar2 i2…aku pun berminat…dan isteriku telah membeli kamera itu…duh2…bukan senang utk senang ya….banyak perkara perlu dipelajari…dah tu ada orang yang ikhlas dalam memberi tunjuk ajar…ada yg sikit2 kedekut ilmunya…haha…lantak kolah…yang pasti aku ada terbuka satu laman fp ini….wah…banyak gak info2 menarek….so aku akan add dia supaya len kali akuleh singgah jenguk baca2 apa yg patut apa yg boleh aku fahami …
ini alamatnya http://miefoto.fotopages.com

Categories: Fotografi